Monday, January 31, 2011

Pemeriksaan Pergigian Murid SK Tanjong Belanja 211

Tirai 2011 dibuka dengan perkhidmatan pergigian oleh Klinik Kesihatan Parit selama tiga minggu berturut turut. Semua murid dari tahun 1hingga tahun 6 serta pendidikan khas telah diperiksa gigi bagi memastikan gigi sentiasa sihat dan kuat. Antara pemeriksaan pergigian yang dijalankan termasuklah lesi luar dan dalam mulut, kebersihan mulut, plak, gingivitis, dentur dan carta gigi. Rekod pergigian dicatatkan dalam Kad Rawatan Pesakit Am/Sekolah. Dalam rekod tersebut turut dicatatkan maklumat am murid, kebenaran untuk rawatan, catatan perubatan lampau dan catatan pergigian.
Salah seorang murid yang telah menjalankan pemeriksaan pergigian
Video salah seorang murid menjalani pemeriksaan gigi
 Murid-murid diberi taklimat bagaimana memberus gigi dengan betul
Murid menjalankan amali memberus gigi dengan cara yang betul

Panorama