Thursday, June 10, 2010

Kreativiti Murid-Murid Pendidikan Khas SKTB

Kreativiti murid dibantu oleh guru pendidikan khas sudah diduga sejak dahulu lagi. ini kerana terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang dihasilkan cukup memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Bersempenaan  minggu pendidikan khas di Dewan MDPT, pihak sekolah  telah menghantar guru dan murid bagi menyertai pameran pendidikan khas di sana.
kelihatan guru sedang sibuk menyiapkan bahan pameran.
Salah satu bahan bantu mengajar dan penghasilan bahan oleh murid-murid SKTB
Bekas pensil dan lukisan tangan murid pendidikan khas SKTB
Menara berkembar dan tudung saji yang telah diubah suai mengikut kreativiti masing-masing.
Hasil kerja tangan, bekas menyimpan barang dan cenderamata daripada daun kering.
Bahan-bahan terpakai telah dikitar semula menjadi bahan bantu mengajar yang menarik.
Contoh lukisan tangan dan kraftangan yang dihasilkan. Hasil kerja tersebut memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kelihatan guru-guru pendidikan khas SKTB sedang tekun menyusun dan berbincang tentang proses kerja seterusnya.
Walaupun agak keletihan, namum penat lelah tersebut terubat apabila semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat. Bahan bantu mengajar dan hasil kerja murid tidak akan terhasil jika tidak wujud kerjasama antara guru dengan murid.
Guru Besar SK Felcra Nasarudin dan Pegawai Pendidikan Khas En. Zul serta tetamu yang lain memerhati dengan penuh minat hasil kerja murid.
Jam Saya, antara bahan paling menarik dan interaktif yang dihasilkan oleh murid dan dibantu guru-guru SKTB. Murid boleh menyambung jarum panjang dan pendek mengikut arahan guru.

Panorama