Tuesday, April 30, 2013

Kejohanan Takraw Peringkat ZON PKG Parit 2013

Kejohanan Takraw peringkat Zon PKG Parit edisi 2013 telah berlangsung di SKTB. Sudah dua tahun berturut-turut SKTB menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut setelah menunjukkan pretasi cemerlang  dalam penganjuran tahun lepas. Bagaimana pun, pasukan sekolah sekadar menduduki tempat ketiga.
 Lelaki berbaju biru adalah penolong kanan pentadbiran manakala perenpuan bertudung hijau adalah penolong kanan kokurikulum
 Pasukan Sekolah Team A dan Team B
 Pasukan sekolah menentang SK Changkat Banjar
Pasukan sekolah sedang berlawan dengan  pasukan lawan

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon PKG Parit 2013

Pada 1 dan 2 April 2013 yang lalu, SK Tanjong Belanja telah menyertai pertandingan bola baling peringkat zon PKG Parit yang diadakan di SK Bukit Chupak. Pasukan lelaki telah tersingkir di peringkat awal. Manakala pasukan perempuan bawah 12 telah muncul naib johan setelah tewas dengan jaringan penalti. Perlawanan sengit pasukan perempuan dengan SK Iskandar Shah berakhir dengan seri dan ditambah masa tambahan pun masih lagi seri. Akhirnya, balingan penalti menjadi punca SKTB tewas kepada pasukan lawan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Nizar Bin Zakaria Parlimen Parit.
Pasukan bola baling SK Tanjong Belanja bersama dengan jurulatihnya.
 Murid menerima hadiah daripada YB Ustaz Nizar Bin Zakaria, Parlimen Parit.
 Murid perempuan berlawan dengan SK Iskandar Shah
 Murid perempuan baru sahaja bubuh gol
 Ustaz Ridzuan jadi jurulatih
 Murid lelaki senyum ketika beraksi di hadapan kamera
 Murid lelaki bersalaman dengan pasukan lawan
 Murid perempuan lawan dengan SK Teluk Perang
 Murid perempuan membuat hantaran bola
 Murid perempuan membuat jaringan penalti
 Murid perempuan dapat hadiah
 Murid perempuan gembira dapat hadiah
Keputusan perlawanan, SKTB merujuk kepada pasukan sekolah

Monday, April 29, 2013

Kejohanan Hoki MSS Perak

Pada 19, 20, 21 dan 22 April 2013, seramai 2 orang murid SK Tanjong Belanja telah terpilih mewakili daerah Perak Tengah dalam Kejohanan Hoki Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjong, Manjong. Sebanyak 5 sekolah terpilih untuk mewakili satu pasukan daerah. Antaranya, SK Sungai Perah, SK Felcra Nasaruddin, SK Chenderung Kelubi, SK Sg Galah dan SK Bota Kiri. Bagaimanapun pasukan daerah terpaksa akur denga kekalahan kepada pasukan dari daerah Kerian. 
 
Bergambar dihadapan pusat penginapan
Latihan pusat sebelum kejohanan di Stadium Turf KTMB, Batu Gajah, Perak.
Salah seorang pemain dari SK Tanjong Belanja, adik Muhammad Muizz
Latihan pusat di SK Felcra Nasaruddin, Bota, Perak.
Adik Tengku Muhammad Haikal yang berbaju hitam di tengah padang dengan posisi sayap kanan.

Perkhemahan Ujian Lencana Keris Perak 2013

Pada 26, 27 dan 28 April 2013, Pengakap SK Tanjong Belanja telah menghantar seramai 10 orang peserta  dan 4 orang murid pembantu ke perkhemahan ujian lencana Keris Perak di Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Perak. Kesemua murid telah lulus dengan jayanya ujian tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Pintu gerbang disiapkan sebelum perkhemahan
 Gajet Rak Kasut
 Gajet ampaian
 Gajet ampaian
 Gajet peralatan untuk cangkul dan tukul besi
 Gajet alatan
  Gajet dapur masak
 Gajet peralatan seperti pinggan
 Gajet sudu, sudip dan senduk
 Gajet meja makan yang belum siap sepenuhnya
 Suasana hari perkhemahan, murid membantu guru menyiapkan gajet
 Tempat membasuh dan lubang basah 
 Murid membuat roti lilit
 Gajet alatan 
 Cikgu Lieza makan sarapan
 Murid bersembang dalam khemah
 Ustaz Ridzuan dan Cikgu Yaki berbincang
 Persiapan untuk membuat BBQ pada malam nanti
 Murid makan sambil berlatih nasyid
 Murid membuat persembahan nasyid pada malam kebudayaan
 Murid membuat kawad statik pada pemeriksaan pagi
 Hari terakhir sebelum dirobohkan khemah
 Murid berasa sangat gembira

Panorama