Saturday, January 1, 2011

Murid Terbaik SK Tanjong Belanja 2010

Penyampaian anugerah kepada  Murid terbaik 2010. Pihak sekolah telah memilih 4 orang murid untuk menerima anugerah bagi kategori masing-masing. Penganugerahan  ini mengambil kira pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Tokoh Ko-kurikulum (Kategori Lelaki) pada tahun ini dianugerahkan kepada  
Mohammad Asril Bin Masidi
Mohd Asril merupakan seorang yang aktif dan sering mendapat kedudukan terbaik bagi acara yang disertai  semasa Temasya Sukan  Tahunan Sekolah Antara pencapaian beliau dalam aktiviti kokurikulum yang lain ialah  mewakili sekolah dalam  perlawanan sepak takraw sehingga peringkat daerah. Menyertai pertandingan hoki peringkat zon, dan merupakan pemain bola sepak sekolah dan menyertai pertandingan bola sepak sehingga peringkat daerah. Selain itu, adik Mohd Asril juga telah menyertai perkhemahan pengakap lencana keris gangsa, perak dan emas di Kem Kota Layang-layang Kiri. 

Tokoh Ko-kurikulum (Kategori Perempuan) pula dianugerahkan kepada  
Nur Fatimah Bt Ibrahim
Antara pencapaian beliau dalam aktiviti kokurikulum ialah mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi bagi kejohanan Olahraga peringkat zon dan daerah. Mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring dan hoki sehingga peringkat daerah. Selain itu adik Nur Fatimah juga merupakan pemain bola baling dan telah menyertai pertandingan bola baling peringkat negeri. Adik Nur Fatimah juga aktif dan sering mendapat kedudukan terbaik bagi acara yang disertai  semasa Temasya Sukan  Tahunan Sekolah. 

Bagi anugerah Tokoh Akademik  pula jatuh kepada
Asyraf Syazwan Bin Mohamad
Adik Asyaraf  Syazwan merupakan anak bongsu kepada pasangan En Mohammad Bin Adnan dan Pn Hasnah Bt Abu Hassan. Bercita-cita menjadi saintis, antara pencapaian adik Asyraf  Syazwan dalam  bidang akademik ialah sentiasa memperolehi kedudukan 5 terbaik dalam peperiksaan dalaman sepanjang beliau belajar di sekolah ini. Pada peperiksaan pertengahan  tahun dan percubaan  UPSR tahun ini, adik Asyraf Syazwan  telah mendapat tempat pertama. Adik Asyraf Syazwan telah mewakili sekolah dalam pertandingan Kuiz Kesihatan dan pertandingan bercerita tentang keagamaan sempena Sambutan Israq dan Mikraj di Sek. Keb. Parit. Seterusnya kejayaan adik Asyraf Syazwan yang membanggakan ibubapa dan pihak sekolah ialah dia telah memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini. .


Tokoh Murid SKTB pada tahun ini dianugerahkan kepada 
Najwa Hannani Bt Mat Zaini
Untuk pengetahuan semua adik Najwa Hannani merupakan anak ke-3 daripada 5 beradik hasil perkongsian hidup En Mat Zaini B. Zabidi dan Pn. Noriha Bt Razali. Najwa Hannani merupakan murid yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum. Antara pencapaian adik Najwa Hannai  ialah sentiasa memperolehi kedudukan 3 terbaik dalam peperiksaan dalam sepanjang dia belajar di sekolah ini. Najwa Hannani juga pernah mendapat anugerah Tokoh Nilam peringkat Daerah, menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu, mewakili sekolah bagi zon PKG Parit, menyertai pertandingan Tulisan Khat dan Tulisan Jawi peringkat Daerah. Selain cemerlang dalam bidang akademik adik Najwa Hannani juga aktif dalam bidang sukan, adik Najwa Hannani merupakan pemain bola jaring, pemain hoki serta pemain bola baling sekolah dan menyertai perlawanan bagi sukan tersebut sehingga peringkat daerah. Adik Najwa Hannani juga pernah menyertai.Program FITKID peringkat daerah. Seterusnya kejayaan adik Najwa Hannani yang membanggakan ibubapa dan pihak sekolah ialah dia telah memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Pada 11 hb November 2010, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. 2 orang murid sekolah ini telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut. Mereka ialah:
1. Najwa Hannani Bt Mat Zaini

2. Asyraff Syazwan Bin Mohammad

Panorama