Sunday, December 12, 2010

Karnival ICT Peringkat Daerah Perak Tengah

Karnival ICT peringkat daerah Perak Tengah, Perak anjuran Pejabat Pelajaran daerah Perak Tengah telah berlangsung selama dua 2 hari. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan menyertai pertandingan Membina MS Power Point 1 Malaysia. Antara murid yang menyertai ialah
  1. Tengku Hanafiah (Tahun 4)
  2. Nur Syamimi Husna (Tahun 4)
  3. Amirul Amin (Tahun 5)
  4. Mohd Ikhwan (Tahun 5)
  5. Mohd Firdaus (Guru Pengiring)
Pelbagai agensi turut mengambil bahagian seperti TM Net, Celcom Broadband, UiTM, IKBN Seri Iskandar, UTP, Bomba dan Penyelamat dan beberapa agensi swasta. Semasa pertandingan berlangsung guru tidak dibenarkan masuk untuk membantu murid. Murid menghasilkan sendiri power point tersebut. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan, bagi kategori sekolah rendah Pertandingan Power Point 1Malaysia manakala bagi kategori sekolah menengah pula Pertandingan Membuat Blog 1 Malaysia.
Murid-murid mendengar taklimat dengan penuh tekun daripada En. Zaudi (PPD)
Majlis Perasmian oleh Ketua Sektor dari JPN Perak
Murid sedang khusuk menghasilkan power point 1 Malaysia
Kelihatan suasana dalam bilik komputer SK Seri Iskandar semasa pertandingan berlangsung.

Seorang fasilitator schoolnet sedang memberi taklimat kepada peserta

Monday, November 29, 2010

Kem Membaca 1 Malaysia

9 November 2010, Pusat Sumber Sekolah SK Tanjong Belanja telah menganjurkan Kem Membaca Satu Malaysia peringkat sekolah. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tanjong Belanja iaitu Hajjah Khairulaini Binti Khairuddin. Gimik perasmian dimulakan dengan Guru Besar memecahkan ketulan ais. Yang menariknya disini, di dalam ketulan ais tersebut terdapat CD lagu Kem Membaca 1 Malaysia yang telah dibekalkan oleh Kementerian Palajaran Malaysia. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Mari Membaca dan dinyanyikan oleh murid-murid serta guru-guru.



Program ini telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Tanjong Belanja
Guru besar telah memecahkan ais menandakan program tersebut telah bermula dengan rasminya.
Guru Besar memberikan sedikit kata kata aluan mengenai program tersebut
Murid menyanyikan lagu Mari Membaca
Murid menghabiskan masa rehat di Pusat Sumber Sekolah bagi mengisi masa lapang dengan membaca
Program membaca 10 minit setiap kali perhimpunan harian bagi mengayakan bahasa dalam diri murid-murid
Murid juga dikehendaki menjawab soalan sepanjang minggu program tersebut berdasarkan bahan bacaan yang disediakan
Salah seorang murid SKTB yang begitu asyik membaca
Pertandingan mengulas bahan cerita disampaikan oleh salah seorang peserta
Guru-guru SKTB sibuk membuat perbincangan mengenai perjalanan Program Jejak Ilmiah
Guru telah memberi sedikit taklimat mengenai Jejak Ilmiah
Murid mencari bahan di Pusat Sumber Sekolah dalam program Jejak Ilmiah. Program Jejak Ilmiah telah dijalankan secara kaedah stesyen. Terdapat 6 stesyen dengan seorang guru di setiap stesyen.
Seorang murid telah kepenatan mencari maklumat namun bahan bacaan tetap dipegang jua
Gelagat murid dari satu kumpulan sedang memikirkan jawapan yang sesuai
Setelah maklumat dikehendaki telah dijejak murid mengisinya di dalam borang jawapan
Pelbagai helaian carta dibukan bagi mencari maklumat
Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran

Tuesday, November 23, 2010

Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

Panorama sepanjang Minggu Bahasa Melayu
Pameran bahasa sempena Minggu Bahasa 
Sudut bahasa di celahan tangga ke pejabat
Pelbagai carta dan cerita bergambar dipamerkan
Puisi oleh Najwa Hannani dari murid tahun 6
Puisi oleh Fatimah murid tahun 6
Persembahan puisi oleh Amirul Fikri dari murid tahun 5
Puisi oleh Rahimi murid tahun 5
Puisi oleh Fakhrul Mikminin murid tahun 2
Persembahan puisi oleh Aishah Solehah murid tahun 1
Persembahan oleh Balqis Insyirah murid tahun 3
Persembahan oleh Amjad Murid tahun 1

Monday, November 1, 2010

Ceramah Penglibatan Pelajar Dalam Gejala Sosial

Pada 1 November 2010, sebuah ceramah mengenai penglibatan pelajar dalam gejala sosial telah disampaikan oleh Kopral Yusri Bin Arshad dari IPD Seri Iskandar. Ceramah tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Rozali Bin Din dan dirasmikan oleh En. Azizi selaku Penolong Kanan Pentadbiran SKTB yang baru. Banyak perkara berkaitan dengan salah laku telah disentuh oleh penceramah tersebut antaranya kecurian, ragut, samseng jalanan, dadah dan rogol. Secara tuntasnya jenayah adalah perbuatan atau perlakuan yang menyalahi undang-undang peraturan hidup masyarakat. Jenayah juga boleh ditakrifkan dengan tersalah cakap dan terlanjur perbuatan.
Kopral Yusri memberitahu bahawa jenayah boleh berlaku bergantung kepada 3 elemen iaitu niat, upaya dan peluang. Kita boleh halang keupayaan dan peluang tetapi kita tidak dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan (niat) oleh seseorang itu. Kita selalu membuka peluang kepada jenayah. Sebagai contoh, meletakkan barang di tempat yang mudah dicuri, berjalan-jalan bersendirian di tempat yang sunyi dan sebagainya.

Selepas ceramah disampaikan Kopral Yusri membuat kuiz dengan murid-murid. Murid yang berjaya menjawab soalan akan mendapat hadiah. Guru-guru pula telah mendaftarkan diri dengan Rakan Cop bagi membantu pihak berkuasa menbanteras jenayah.


Sunday, October 31, 2010

Ceramah Kesedaran Jenayah

Ceramah kesedaran dan bahaya jenayah sempena program pasca UPSR 2010 anjuran guru tahun 6 SK Tanjung Belanja bertempat di dewan SKTB. Program tersebut merupakan program integrasi antara SK Tanjung Belanja, SK Tepus dan SK Teluk Perang. 


Ceramah disampaikan oleh pegawai penjara daripada Penjara Batu Gajah
En. Abdul Wahab mantan PK Pentadbiran SKTB merasmikan majlis.
Murid sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan

Thursday, October 28, 2010

Kempen Kesedaran Kebakaran dan Fire Drill

Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran telah di anjurkan oleh guru-guru tahun 6 SKTB. Program ini dirangka untuk murid-murid tahun 6 yang baru selesai menjalani peperiksaan UPSR. Antara program yang dijalankan tayangan video berkaitan dengan kebakaran selama satu jam. Seterusnya latihan ketika menghadapi kebakaran dan kemahiran mengendalikan alat pemadam api.

Video demontrasi mencegah kebakaran oleh warga SKTB
Majlis dirasmikan oleh Cikgu Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanjong Belanja
Ceramah dan tayangan video disampaikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Parit.
Demonstrasi kebakaran oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat di padang bola baling SK Tanjong Belanja
Simulasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadan kebakaran kelas ABC
Murid-murid bergambar bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan guru besar.

Sunday, October 24, 2010

Hari Persaraan Puan Norashidah

10.10.2010 merupakan tarikh keramat bagi Puan Norrashidah setelah berkhidmat sebagai pegawai pendidikan kerajaan selama 32 tahun. Majlis persaraan beliau berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dewan SK Tanjung Belanja. Beliau pernah bertugas di enam buah sekolah dan terakhir di sekolah ini selama  6 tahun. Banyak jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh Puan Norrashidah, atas komitmen beliau dalam perkhidmatan pendidikan beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu di SM Iskandar Shah, Parit pada tahun 1998 dan di SK Tanjung Belanja pada tahun 2007.

Tepat jam 10 pagi, murid-murid SKTB mula berkumpul dan membuat barisan yang panjang bagi menanti ketibaan Puan Norrashidah. Deruman enjin Toyota Vios berwarna hitam milik Puan Saftina yang membawa seorang insan guru yang telah sekian lama berkhidmat dalam arena pendidikan. Paluan kompang dan iringan bunga manggar oleh murid-murid memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. 

Puan Norrashidah telah diiring masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Seterusnya adik Najwa Hannani mewakili murid memberi sepatah dua ucapan buat guru mereka yang disayangi. Tidak ketinggalan juga YDP PIBG Encik Shahrul Anuar juga memberi kata-kata peransang buat orang yang diraikan. Akhir sekali ucapan daripada Guru Besar SKTB selaku ketua dalam pentadbiran sekolah ini.

Setelah ucapan demi ucapan telah diungkapkan, majlis diserikan lagi dengan bacaan biodata guru yang dirai dan sedikit komen dari murid dan rakan setugas beliau. 
Persembahan slide biodata Puan Norrashidah
.
Komen daripada warga sekolah mengenai beliau sepanjang bertugas di SKTB.

Setelah bacaan biodata guru yang dirai, majlis memberi ruang kepada guru yang dirai bagi menyampaikan sepatah dua kata ucapan terakhir sebagai seorang guru. Seterusnya penyampaian watikah persaraan disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar SKTB dan penyampaian hadiah daripada warga sekolah.
Sumbangan ikhlas daripada warga SKTB sebagai tanda kenang kenangan.

Persembahan 'Coral Speaking' daripada murid tahun 6
Setelah penyampaian hadiah dan persembahan murid tahun 6 majlis bersurai. Murid bersalamam dengan guru yang dirai dan sesi bergambar bersama-sama guru dan staf.
Guru-guru SKTB yang segak dan bergaya dihari persaraan.
Pelukan erat dan mesra dalam suasana yang sebak mengiringi pemergian Puan Norrashidah.
Lambaian terakhir Puan Norrashidah untuk warga SKTB dan dunia pendidikan setelah 32 tahun memerah keringat mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Inilah kereta yang membawa Puan Norrashidah pergi. 

Friday, August 20, 2010

Ceramah Kesihatan H1N1

Pada suatu pagi tanggal 17 Ogos, SK Tanjung Belanja telah menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Kesihatan Parit untuk mengadakan ceramah bertujuan memberi kesedaran kesihatan yang difokuskan kepada seluruh warga SKTB tentang serangan Pandemic Influenza A (H1N1). Ceramah bermula pukul 8.00 pagi disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Zeiti. 

Ceramah itu menekankan apa itu H1N1, cara perebakan pandemic, tanda dan gejala, cara berkesan menangani jangkitan tersebut dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya dijangkiti. Murid juga diajar cara membersihkan tangan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Secara tuntasnya, kesedaran berkaitan dengan kesihatan perlu ditingkatkan lebih-lebih di sekolah ini supaya dapat mengoptimunkan keselamatan kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu kerananya. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sunday, August 15, 2010

Minggu Matematik SK Tanjung Belanja 2010


Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada  banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama.  Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
    Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
     Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
     Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.
     Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
    Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
     Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
    Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang. 
    Keupayaan murid-murid dalam menguasai kemahiran asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi mempengaruhi perkembangan murid dalam menjana kemajuan menguasai kemahiran lain dalam matematik. Menyedari perihal pentingnya menanam minat murid supaya sukakan matematik maka barisan guru dari panitia Matematik mengambil inisiatif menganjurkan Minggu Matematik Peringkat Sk Tanjung Belanja bagi menarik minat dan membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. 

Jawatankuasa Pelaksana Program Minggu Matematik 2010

Pengerusi : Cik Hajjah Khairulaini Binti Khairuddin
N. Pengerusi : En. Abdul Wahab Bin Hamzah
Setiausaha    : Pn. Siti Fatimah Binti Othman
Pen. Setiausaha : Tn. Hj. Rozali Bin Din
Bendahari : En. Mohd Yaki Bin Zawawi
AJK : Semua Guru SK Tanjung Belanja

Aktiviti sepanjang minggu matematik

02.08.2010 : Majlis perasmian Minggu Matematik oleh Guru Besar.
03.08.2010 : Pertandingan menghafal sifir bagi murid tahap satu dan dua.
04.08.2010 : Kuiz Matematik dan Kembara Matematik
05.08.2010 : Pertandingan Bijak Sifir Tahap 2
06.08.2010 : Pertandingan Bijak Sifir Tahap 1

     Diharap dengan pelbagai program yang dirangka dapat menarik minat dan menyedari betapa pentingnya matematik dalam kehidupan seharian. Pihak guru juga berharap murid tidak hanya menghafal rumus, petua dan hukum tanpa mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini hanya mewujudkan murid yang pandai mengira tetapi jahil matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan yang melibatkan matematik.

     Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajarannya. Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermakna. Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian masalah. Untuk itu para guru harus terlebih dahulu menguasai setiap tajuk dari segi konsep dan isi kandungan sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah. Kajian-kajian tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti, dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dilakukan dengan segera.

Wednesday, August 11, 2010

Kejohanan Aerobik Antara Sekolah Perak Tengah

Bulan Julai merupakan bulan kecergasan dianjurkan bagi melahirkan warga pendidik dan pelajar bagi mewujudkan satu budaya ke arah hidup yang lebih sihat. Pelbagai aktiviti dan program telah dirangka oleh pihak sekolah dan jabatan bagi mencapai objektif bulan kecergasan. Aktiviti yang dijalankan diharap dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelektual. Melalui program sebegini, penerapan nilai perihal betapa pentingnya bertubuh badan yang sihat dan cergas bagi mewujudkan insan yang sihat dan cergas. Jika tubuh badan kita sihat sudah tentu otak kita pun cerdas. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kecergasan ialah Pertandingan Aerobik Peringkat Perak Tengah Kategori Sekolah Rendah. Warga SK Tanjung Belanja juga tidak ketinggalan mengambil bahagian bagi menyertai acara yang dipertandingkan. Pertandingan tersebut dipertandingkan di SK Taman Teknologi, Seri Iskandar, Perak.


Latihan telah dijalankan sejak sebulan lagi sebelum acara bermula. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan telah memerah otak dalam mengilhamkan gaya dan gerak agar sesuai dan boleh diadunkan bersama-sama dengan lagu. Konsep satu malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri telah digarap dan diasimilasikan di dalam rentak aerobik. Pengorbanan guru dan murid yang terpaksa bekorban masa dan tenaga bagi menyebatikan aerobik dalam diri agar dapat menjuarai pertandingan tersebut.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah
Seramai 11 murid diiringi 7 orang guru menghadiri pertandingan tersebut. Sebanyak 9 buah sekolah telah mempertandingkan bakat aerobik anak didik mereka masing-masing. Berkat kegigihan dan ketekunan sewaktu latihan akan membuktikan siapa menang siapa kalah pada hari tersebut. Siapa sangka siapa menduga, penyertaan dari sekolah yang masih mentah dalam bidang aerobik telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hadiah disampaikan oleh Pegawai PPD Perak Tengah.
Kegembiraan jelas terpancar diraut peserta setelah berjaya mendapat tempat kedua.

Panorama