Monday, December 14, 2009

Hari Anugerah Cemerlang


Murid menunggu hari anugerah bermula

Hari anugerah kecemerlangan SK. Tanjong Belanja diadakan pada 17. Nov. 2009. Sambutan Hari Anugerah diadakan pada sebelah petang bermula pada pukul 2.00. Pada petang ini, ianya akan menjadi kenangan terindah bagi murid - murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik, kerana mereka akan diberi penghargaan naik ke pentas untuk menerima hadiah. Semua warga SKTB telah diberikan tugasan yang perlu disempurnakan. Guru – guru, dan kakitangan sekolah hadir pada petang ini untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberi.
Kehadiran guru perempuan di sekolah, menampakkan keserian di wajah mereka, kerana ramai guru – guru yang yang hadir kelihatan anggun dan menawan apabila menggayakan baju batik rasmi sekolah yang baru (macam model…). Terserlah ketampanan guru – guru lelaki apabila mereka juga memakai baju batik yang sama. Namun kemeriahan majlis pada hari ini tidak dapat dapat dikongsi bersama dengan seorang guru yang terpaksa menyempurnakan tugas di Pulau Pinang (sedihnya……. tak cukup tisu nak lap air mata)
Dengan kehadiran murid dan ibu bapa, ianya mengembalikan senyuman di wajah setiap guru, dan perasaan sedih terpaksa disembunyikan di sebalik senyuman. Majlis pada hari ini akan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Encik Mohd Zaki ( bin nya tak tau). Cikgu Zurida, cikgu Nora, dan cik Rosnani diberi tugasan untuk mengawal disiplin murid – murid. Kehadiran Encik Mohd Zaki telah disambut oleh guru besar Cik Hajjah Khairulaini Bt. Khairuddin, dan semua warga SKTB.
Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada petang ini dimulakan pada pukul 3.00 petang. Sebagai pengara majlis cikgu Asmah dan cikgu Saftina mengalu – alaukan kedatangan Encik Mohd Zaki, Pengerusi PIBG, dan ibu bapa yang hadir. Sebagai cinta akan Negara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Untuk memberkati majlis Ustaz Qamarul Arifin B. Haji Mohd Salleh telah dijemput membacakan doa. Setelah selesai bacaan doa, guru besar dijemput untuk memberikan ucapan. Seterusnya pengacara majlis menjemput Encik Mohd Zaki untuk memberikan ucapan dan merasmaikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK. Tanjong Belanja.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Zaki kerana sudi hadir untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan SK. Tanjong Belanja. Sebagai penghargaan pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada perasmi. Aktiviti diteruskan dengan persembahan (coral speaking) bahasa arab murid – murid tahun 3. Murid – murid membuat persembahan dengan jayanya dan persembahan murid ini telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Ridzuan B. Abdul Malik. Ustazah Norulhuda, ustazah Alia, cikgu Waridah, dan cikgu Irma diberi tugasan untuk pengurusan sijil dan hadiah.


Untuk penyampaian sijil dan anugerah, majlis dimulakan dengan graduasi murid prasekolah dan graduasi murid prasekolah pendidikan khas. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh pengerusi PIBG iaitu, Puan Noraini Bt. Ahsan. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah murid – murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan murid pendidikan khas. Pihak sekolah menjemput Encik Mohd Zaki untuk menyampaiakan hadiah. Majlis pada hari ini, telah menganugerahkan adik Munirah Bt. Damanhuri daripada kelas tahun 6, sebagai tokoh murid tahun 2009. Semoga anugerah yang diperolehi akan memberikan dorongan kepada adik Munirah agar dapat memberi komitmen yang tinggi dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Pihak sekolah juga memberi penghargaan kepada adik Meor Muhammad Alif Aiman B. Ahmad Sabki kerana berjaya memasuki Maktab Rendah Sains Mara, Kampung Gajah dan adik Muhammad Najmi B. Mat Zaini kerana berjaya memasuki Sek. Menengah Tungku Bainun Ipoh, berdasarkan keputusan UPSR tahun 2008. Setelah selesai majlis penerimaan sijil dan hadiah, majlis diteruskan dengan persembahan murid. Persembahan murid sememangnya dinanti oleh warga dewan. Murid prasekolah membuka tirai persembahan pada hari ini, dengan membuat persembahan nyanyian dan gerakan. Persembahan murid prasekolah telah dipimpin oleh cikgu Shaliza. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan gerakan murid pendidikan khas yang dipimpin oleh cikgu Nora dan guru - guru pendidikan khas.
Murid – murid tahun 1 dan 2 nampak berkeyakinan di atas pentas apabila membuat persembahan tarian tradisional, dengan iringan lagu Joget Berhibur. Persembahan murid – murid tahun 1 dan 2 telah dipimpin oleh cikgu Siti Fatimah dan cikgu Zurida. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan action songs murid – murid tahun 3. Murid – murid tahun 3 membuat persembahan dengan cemerlang dengan paduan suara yang begitu baik. Cikgu Jamaiyah dan cikgu Gangga telah memimpin murid – murid tahun 3 untuk membuat persembahan ini. Murid – murid tahun 4 meneruskan persembahan dengan mendendangkan lagu Jujur. Persembahan mereka telah dipimpin oleh cikgu Syarina.
Cikgu Yusuf telah memimpin murid – murid tahun 5 untuk membuat persembahan. Pada petang ini murid tahun 5 telah membuat persembahan lagu – lagu rakyat negeri Perak. Persembahan penutup tirai pada hari ini telah disempurnakan oleh murid – murid tahun 6. Persembahan nasyid yang bertajuk Perpisahan mengakhiri persembahan pada hari ini. Dengan persembahan murid tahun 6, maka berakhirlah sudah majlis Anugerah Kecemerlangan SK. Tanjong Belanja tahun 2009. Pengacara majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada perasmi dan semua yang hadir. Hadirin dan hadirat telah dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.

Murid tahun 1 membuat persembahan


 Persembahan daripada murid tahun 5



















Panorama