Monday, January 31, 2011

LDP Penyebaran KSSR Tahun 1 Semua Subjek Peringkat Sekolah


Pada 12 Januari 2011 pihak sekolah telah menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan yang pertama peringkat sekolah di Makmal Komputer SK Tanjong Belanja. Seramai 8 orang guru telah membentangkan perlaksanaan Kurikulum Sukatan Sekolah Rendah (KSSR) mengikut matapelajaran masing-masing. Tahun 2011 merupakan tahun pertama perlaksanaan KSSR di semua sekolah seluruh Malaysia. Semoga dengan perlaksanaan kurikulum baru diharap pendidikan di Malaysia bertaraf dunia setanding dengan negara maju yang lain. Bagi Pendidikan Kesihatan perlaksanaan tajuk baru iaitu pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mula diterapkan bagi murid tahun satu secara berperingkat-peringkat hinggalah ke tahun 6.

Panorama