Monday, January 31, 2011

Jamuan Perpisahan Mantan Guru Besar, Cikgu Norasmah dan Cikgu Rosely

Pada 27 Januari 2011 warga SKTB telah mengadakan jamuan perpisahan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta sumbangan yang tidak berbelah bagi terhadap SKTB iaitu mantan Guru Besar Hajjah Khairulaini binti Khairuddin, guru PSS Pn Norasmah binti Mat Saad dan En. Rosely Bin Hassan. Seramai 3 orang guru telah diarahkan berpindah ke sekolah yang ditetapkan. Mantan Guru Besar telah berpindah ke SK Padang Changkat, Cikgu Norasmah pula ke SK Parit dan En Rosely ke SK Pulau Padang. SKTB juga telah menerima 3 orang guru baru  Guru Besar iaitu En. Abdul Khalid Bin Abdul Latiff dari SK Layang Kanan, En. Azizi selaku PK Pentadbiran dari SK Layang Kanan dan Puan Jamaliyah dari sebuah sekolah di Johor dan Puan Rabizah dari SK Sungai Galah. Warga SKTB mengalu-alu kedatangan guru baru. Diharap dengan kehadiran guru baru ini dapat meningkatkan prestasi SKTB ke arah yang lebih tinggi. 
 Cikgu Yusof dan Ustaz Qamarul sedang menikmati jamuan
 Ucapan perpisahan dari Puan Norasmah
 Sumbangan sebagai tanda kenang-kenangan kepada mantan Guru Besar


 Tanda ingatan dari warga SKTB kepada Puan Norasmah
 Guru perempuan sedang menikmati hidangan 

 Salam kemaafan dari seluruh warga SKTB kepada mantan Guru Besar
 Kolam air mata yang ditahan akhirnya pecah jua
Banyak kenangan pahit dan manis setelah sekian lama bertugas di SKTB

Panorama