Saturday, July 23, 2011

Pertandingan Tarik Tali

Pada 23 Julai telah berlangsung pertandingan tarik tali di Stadium Seri Iskandar sempenan Bulan Julai Bulan Kecergasan. SKTB telah menghantar 10 orang wakil dari murid tahun 4 untuk pertandingan tarik tali. 3 Pasukan telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SK Seri Iskandar, SK Titi Gantong dan SK Tanjong Belanja.
 Pasukan SKTB dengan jersi Red Giant bertungkus lumus menarik tali. 
Barisan hakim dan pengadil bersiap sedia untuk membunyikan hon. Kelihatan pasukan yang berbaju putih dari SK Seri Iskandar.
 SKTB sekadar menduduki tempat ketiga peringkat daerah.

Kejohanan Olahraga Peringkat SKTB 2011

23 Jun 2011 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SKTB iaitu kejohanan olahraga dan sukantara peringkat sekolah. Beberapa acara telah bermula sejak 16 jun lagi seperti lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Majlis dimulakan dengan perarakan rumah sukan iaitu dari Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau serta murid dari Pendidikan Khas SKTB. Acara yang penuh gilang gemilang pada 23 jun tersebut menyaksikan empat rumah bertanding pelbagai acara balapan bagi mengutip mata untuk rumah sukan. Sejak 2 minggu lalu lagi, guru dan murid memerah keringat menjalankan pelbagai tugas yang telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan acara berjalan dengan lancar. Setiap rumah mempunyai maskotnya yang tersendiri. Bagi tahun 2011 rumah kuning menggunakan maskot Digi, rumah hijau maskot Mr Froggy iaitu sang katak yang comel, rumah biru Sang Rama-Rama manakala rumah merah Mr Chili. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan PPD En. Ahmad Zakuan. Beliau mengatakan inilah acara sukan yang paling meriah pernah dihadiri beliau sepanjang tahun ini. Tahniah SKTB. 
Rumah kuning selaku rumah yang tercantik dengan sepanduknya Kuning Sentiasa Di Puncak Kejayaan
 Acara lontar peluru bermula sejak 16 jun lagi
 Acara lompat jauh hanya bagi murid tahap 2 sahaja.
 Acara lompat tinggi pada tahun ini menunjukkan lompat yang kurang berprestasi bagi murid perempuan.
 Perbarisan dari murid pendidikan khas bersama gurunya iaitu Puan. Nornazahiah
 Rumah hijau dengan maskotnya Mr Froggy
 Mr Chili membawa ahli rumah merah mengambil tempat dalam perbarisan
Maskot digi bagi rumah kuning 
 Sang Rama-Rama dari rumah biru dengan benderanya Long Jaafar
 En. Zakuan mengalungkan pingat kepada salah seorang pemenang 
 Ikrar perbarisan dari Ketua Murid SKTB adik Amirul Fikri 
 Murid pra sekolah sedang menunggu acara sukaneka dimulakan di khemah peralatan.
 Hiasan rumah merah dengan namanya Dato Sagor
Rumah Biru dengan namanya Long Jaafar
 Rumah kuning bersinar dengan mahkotanya diapit dua bilah keris 
 Rumah hijau menggunakan unsur alam sebagai hiasannya.
 Murid prasekolah menarik bola dengan gelung rotan
 Acara bowling kelapa oleh murid pendidikan khas
 Buah kelapa yang berjaya digolekkan masuk ke dalam gelung rotan
 Murid tahun 1 dengan acara sirih junjung
 Murid tahun memasukkan pundi kacang ke dalam bakul bagi mengisi mata untuk rumah
 Murid tahun 2 dengan acara 'Charlie Chaplin'
 Tok Sidang Mat Za mengalungkan pingat kepada pemenang
 Murid tahun 6 dengan acara 'Hantaran Ketam'
 Acara 4 X 100meter murid tahap 2 antara rumah
 Acara tarik tali, orang kampung melawan dengan cikgu
 Guru-guru begitu bersemangat walaupun telah berpenat dari pagi bagi menjayakan acara sukan
Penyampaian hadiah oleh Cikgu Azli mantan Guru Besar SKTB
Majlis penutup menandakan berakhirnya Kejohanan Olahraga dan Sukantara Peringkat SKTB. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pada 2 Julai yang lalu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di semua sekolah seluruh Malaysia. SKTB tidak ketinggalan mengambil bahagian bagi program larian tersebut. Larian yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah secara serentak di seluruh negara itu mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai larian yang terbesar disertai oleh pelajar sekolah. Seluruh warga SKTB telah menyertai larian tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari itu. Antaranya pertandingan mewarna, sukaneka, pameran kesihatan dan cabutan bertuah
 Murid-murid begitu berminat dengan pemeran kesihatan
 Aktiviti memanaskan badan sebelum bermula acara larian serentak
 Hon dibunyikan menandakan bermulanya pelancaran larian serentak
 Murid-murid bersedia dengan penuh semangat untuk memulakan larian
Kawalan yang ketat diperlukan bagi memastikan laluan jalan raya selamat digunakan
 Pertandingan mewarna bagi tahap 1
 Sukaneka antara guru dan warga SKTB
 Antara acara yang dijalankan. 
Penyampaian hadiah bagi murid yang menang dalam acara yang dipertandingkan. Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG En. Shahrul Anuar

Pertandingan Hoki peringkat Negeri

Pada 12-15 Mac 2011 seorang murid dari SK Tanjung Belanja telah mewakili daerah ke peringkat negeri dalam pertandingan hoki MSSPKbawah 12 tahun. Murid yang bertuah tersebut adalah Ahmad Fikri Bin Khairi dari tahun 6. Pertandingan tersebut berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Pasukan Perak Tengah berada dalam kategori B bersama-sama pasukan Manjung dan Hilir Perak.


Berikut adalah keputusan perlawanan kumpulan B
Manjung vs Perak Tengah 3-2
Manjung vs Hilir Perak 1-0
Perak Tengah vs Hilir Perak 1-1
Pasukan Perak Tengah sekadar mendapat tempat kedua dalam kumpulan.

Monday, July 4, 2011

Tanglung 1Malaysia

Majlis penutupan kejohanan olahraga MSSM 2011 telah berlangsung di Stadium Perak. Murid-murid dan guru dari sekolah ini telah terlibat bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut. Sejak pukul 3 petang lagi murid-murid SKTB seramai 40 orang dengan 13 tanglung dan 7 orang guru bersiap sedia untuk ke majlis perasmian Kejohanan Olahraga MSSM Peringkat Kebangsaan. Perasmian tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ini adalah yang paling meriah dalam sejarah penganjuran kejohanan MSSM.  Ia mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records atas hasil ciptaan 10,845 buah tanglung "Cahaya Perpaduan 1Malaysia" yang dinyalakan di sekeliling Stadium Perak. Sebanyak 15 kontinjen mengambil bahagian dalam kejohanan MSSM kali ini yang mempertandingkan 24 jenis sukan dengan melibatkan 15,000 atlet dan 5,000 tenaga guru yang menguruskan pasukan masing-masing.

Abang Lan ketua keselamatan murid-murid SKTB
 Murid-murid SKTB yang hadir sudah kelihatan kepenatan
 Salah satu lintas hormat kontijen 
 Formasi perbarisan kejohanan olahraga 
 Mohd Aiman Fakhrul Hazim kelihatan gembira memegang tanglung 1Malaysia
 Kemeriahan dan sinaran lampu daripada tanglung menyerikan malam itu
 Percikan bunga api betul-betul di atas kepala kami
 Antara percikan yang dapat dirakamkan
Bendera Malaysia berkibar megah di samping percikan bunga api
Murid-murid SKTB sudah keletihan kerana sudah berada di stadium sejak petang tadi

Panorama