Wednesday, November 20, 2013

KEM BERSEPADU 2012

1.0 RASIONAL
Pendidikan Luar iaitu Sukan Rekreasi ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selain itu, Kem 1 Malaysia, Program Motivasi, Program 1Murid 1Sukan dan Hari Keluarga Peringkat Sekolah merupakan agenda utama pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan direalisasikan secara bersepadu menerusi Kem 4 in 1 di Kem Perangin Pecah Batu, Manong, Perak. Program ini akan diadakan di jalankan pada 4, 5 dan 6 Oktober 2012. Program ini adalah sebuah program yang penting bagi mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

2.0 PENGENALAN
Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan murid-murid menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan murid-murid secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa. Disamping itu juga, perbelanjaan kewangan sepanjang program ini dapat dijimatkan dengan menjalankan aktiviti secara serentak. Program motivasi yang dijalankan juga diharap dapat meningkat tahap kendiri kea rah yang lebih cemerlang. Barisan guru juga tidak ketinggalan merasai suasana baru bagi menyambut sambutan hari keluarga yang sebelum ini biasa dijalankan di hotel-hotel mewah.

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama guru dan murid.
3.2 Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama di didalam hutan.
3.3 Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
3.4 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
3.5 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
3.6 Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
3.7 Mampu membentuk seorang murid yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan.
3.8 Memberi kesedaran kepada murid mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
3.9 Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan (Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantu membantu dan toleransi dalam kalangan peserta.
3.10 Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan strategi.

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
4.1 Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.
4.2 Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
4.3 Melatih murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif .
4.4 Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem).
4.5 Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, flying fox  dan river crossing.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Tanjung Belanja tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga ke tahun 6.

6.0 BAYARAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 5 (Lima Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:
i. Aktiviti
ii. Pengangkutan
iii. Makan dan minuman
iv. Sewa tapak perkhemahan
v. Pengurusan perkhemahan


7.0 TARIKH
5, 6 dan 7 Oktober 2012

8.0 TEMPAT

Kem Perangin Pecah Batu, Manong, Perak

JUMAAT
MASA
AKTIVITI
TUGASAN
2.30 ptg    
Bertolak dari sekolah
Guru perlu memastikan murid yang pergi mestilah mempunyai surat kebenaran. Dan bilangan kehadiran murid diambil.
3.30 ptg    
Tiba ke destinasi impian
·         Guru perlu menyerahkan surat pemberitahuan perkhemahan kepada balai polis di Balai Polis Manong
·         Murid akan dibawa ke tempat perkhemahan
3.45 ptg    
Taklimat progam/penginapan
·         Murid akan diberi taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perkhemahan dan undang-undang perkhemahan.
4.00 ptg    
Mendirikan khemah
·         Mendirikan khemah dengan bimbingan guru bertugas mengikut kawasan masing-masing
4.30 ptg    
Solat Asar
·         Murid akan solat asar berjemaah bersama guru.
·         Murid perempuan yang datang haid perlu berada bersama guru perempuan
5.30 mlm  
Riadhah (1M1S)
·         Murid akan beriadah dengan permainan kecil
6.30 mlm  
Persiapan kendiri
·         Guru perlu murid menepati masa semasa menguruskan diri dan tidak bermain-main di bilik air.
7.15 mlm  
Solat Maghrib
·         Murid akan solat maghrib secara berjemaah bersama dengan guru
·         Murid perlu menepati masa. Tindakan tatatertib akan diambil bagi murid yang lambat
8.00 mlm  
Makan malam
·         Murid akan makan malam bersama-sama selepas bacaan doa makan
8.25 mlm  
Solat Isyak
·         Selepas makan murid akan solat isyak secara berjemaah.
9.00 mlm  
Motivasi & LDK
·         Aktiviti motivasi secara LDK akan dijalankan. Guru akan disediakan dengan beberapa modul
·         Galakkan murid bercakap dan member pendapat secara terkawal.
10.30mlm 
Minum malam dan tidur
·         Guru keselamatan perlu memastikan murid tidur awal untuk bagun qiamullail pada pukul 4.30 pagi
SABTU
MASA
AKTIVITI
GURU BERTUGAS
TUGASAN
4.30 pg          
Qiamullail
·         Guru perlu memastikan semua murid lelaki turut serta dalam qiamullail.
·         Guru yang bertugas akan menggerakkan semua murid dengan bantuan
6.00 pg          
Kendiri/sarapan/solat subuh
·         Solat subuh dan sedikit tazkirah ringkas
7.30 pg          
Senamrobik
·         Semua murid akan terlibat dengan senamrobik
8.30 pg           
River Crossing
·         Murid akan dipecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan membuat aktivti river crossing dan satu lagi flying fox.
·         Aktiviti akan diuruskan oleh jurulatih kem.
·         Guru terlibat dengan program Hari Keluarga
11.00 pg        
Minum pagi
·         Murid akan rehat sebentar sambil kudapan
11.30 pg        
Flying Fox
·         Aktiviti diteruskan lagi dengan pertukaran syif aktiviti antara river crossing dan flying fox.
12.30 tgh hr
Makan tengah hari/solat zohor
·         Murid akan bersiap dan solat zohor secara berjemaah.
·         Guru perlu memastikan semua murid dapat makan bersama-sama selepas bacaan doa.
2.30 ptg         
Karnival Permainan 1M1S
·         Guru yang bertanggung jawab perlu memastikan peralatan yang digunakan disimpan dengan baik. Borang rekod pengeluaran peralatan boleh didapati daripada En. Firdaus.
·         Aktiviti akan dijalankan secara stesyen dan permainan kecil
·         Modul permainan kecil boleh rujuk pada panduan pengurusan 1M1S
4.30 ptg         
solat asar / minum petang
·         Murid perlu sembahyang asar secara berjemaah
5.00 ptg          
Persediaan Persembahan Malam
·         Guru pembimbing boleh membuat latihan akhir bagi acara malam kebudayaan
·         ‘Gangnam Stlye’ tidak dibenarkan
6.30 ptg         
kendiri/makan malam/solat
·         Guru perlu murid menepati masa semasa menguruskan diri dan tidak bermain-main di bilik air.
7.00 mlm
Solat Magrib
·         Murid akan solat maghrib secara berjemaah bersama dengan guru
·         Murid perlu menepati masa. Tindakan tatatertib akan diambil bagi murid yang lambat
8.30 mlm       
Barbeque (guru sahaja)
·         Murid akan makan malam bersama-sama selepas bacaan doa makan
·         Aktiviti barbeque dijalankan oleh guru
9.30 mlm       
Malam Kebudayaan
·         Persembahan malam kebudayaan
10.30 mlm     
Minum malam / tidur
·         Makan malam dan tidur

AHAD
MASA
AKTIVITI
TUGASAN
5.30 pg   
kendiri/sarapan/solat subuh
·         Murid perlu bangun awal dan solat subuh
8.30 pg   
Jungle Tracking
·         Aktiviti akan diuruskan oleh jurulatih kem.
·         Guru juga boleh turut serta melakukan aktivit ini.
11               .30 pg 
Perasmian penutup / Penyampaian hadiah

·         Semua guru perlu hadir ke majlis perasmian penutup bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat
12.30 tgh
Menurunkan khemah
dan membersihkan kawasan perkhemahan
·         Murid akan menurunkan khemah.
·         Guru pembimbing perlu memastikan set peralatan perkhemahan mencukupi
·         Borang instrumen akan diberikan semasa memasang dan selepas menurunkan khemah.
·         Murid akan membersihkan kawasan perkhemahan sementara menanti kehadiran tetamu kehormat
1.30 tgh  
Bertolak Pulang
·         Guru perlu memastikan murid tidak meninggal apa peralatan yang dibawa.
 
























Panorama