Saturday, January 5, 2013

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR EN SABRI BIN ABU HASAN

Pada tanggal 3 Januari 2013, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan mantan Guru Besar, En. Mohd Sabri Bin Abu Hasan yang telah bersara. Pada jam 12.30 tengah hari, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Qamarul Ariffin ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Ridzuan untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pen. Kanan Pentadbiran En. Azizi Bin Salleh. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan Guru Besar telah disentuh. Beliau telah mentadbir SKTB terutama dalam mengekalkan keceriaan sekolah di samping memastikan sekolah kekal di dalam prestasi yang terbaik dalam bidang kurikulum ko-kurikulum. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah walaupun baru 5 bulan bertugas di SKTB. Seterusnya, En. Shahrul Anuar YDP PIBG memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, sikap mantan Guru Besar yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta pencapaian cemerlang sekolah dalam UPSR tahun 2012 iaitu seramai 4 orang mendapat 5 A.

Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. Pegawai PPD Perak Tengah, En. Zulqarnain turut menyampaikan ucapan.Beliau menyentuh perkara yang berkaitan dengan keberhasilan murid SKTB dalam pencapaian akademik. Akhir sekali, mantan Guru Besar dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Walaupun hanya lima bulan mentadbir SKTB tetapi pelbagai perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah dan jamuan tengah hari. Majlis persaraan dihadiri hampir keseluruhan warga Guru Besar Daerah Perak Tengah dan seluruh kakitangan PPD Perak Tengah. Walaupun tanpa jemputan tetapi kedatangan mereka untuk meraikan persaraan beliau jelas menunjukkan betapa beliau amat disayangi oleh seluruh lapisan warga pendidik.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.

 Bersama pegawai-pegawai dari PPD
 Barisan Guru Besar daerah Perak Tengah
 Menandatangani buku persaraan
 Ucapan Pegawai PPD
 Ketibaan yang dirai
 Kesedihan pun bermula
 Begambar kenangan bersama guru perempuan
 Tetamu wanita dari SKTB dan PPD
 Guru lelaki SKTB bersama yang dirai
 Mantan GB SKTB
 Backdrop pentas yang disiapkan dalam hanya 3 jam
Bersalam-salaman

Panorama