Thursday, November 12, 2009

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas SK Tanjong Belanja

Pada 12 November 2009 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan Pra Pendidikan Khas telah mengadakan majlis jamuan akhir tahun bertempat di kelas Pra Pendidikan Khas. Guru-guru pendidikan khas telah memasak makanan secara gotong royong. Majlis tersebut bermula pukul 11 pagi. Semua guru dan ibu bapa serta waris murid pendidikan khas SK Tanjong Belanja telah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Rozali. Setelah selesai bacaan doa semua tetamu mula mengambil bahagian acara makan-makan. 

Murid beratur mengambil makanan

barisan guru lelaki dan waris pelajar menunggu waktu menjamu selera



Guru perempuan sedang menjamu selera 



Tukang ceduk lauk



Tukang masak. Masak mee sampai masin yang amat, nie mesti dah nak kawin nie


Beratur nak ambik makanan


adui.. bila la boleh makan






Setelah ambik makanan tunggu apa lagi, makanlah kami beramai-ramai.

Kem Bestari Solat

Tanggal 11 November 2009 telah berlangsung Kem Pembestarian Solat bagi murid tahun 1 hingga tahun 4. Kem tersebut dikhususkan untuk murid tahun 1 dan 2. Manakala murid tahun 3 dan 4 pula akan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid tahun 1 dan 2 kemahiran-kemahiran serta rukun dalam solat. Terdapat beberapa stesen bagi aktiviti Rukun Wuduk. Murid tahun 1 dan 2 akan membuat simulasi mengambil wuduk manakala murid tahun 3 dan 4 pula akan menjadi pemudahcara.

Murid mendengar taklimat daripada Ustaz Ridzuan berkaitan Kem Bestari Solat



Stesen pertama murid dikhehendaki melafazkan niat



stesen kedua pula murid akan menjalankan simulasi membasuh muka dengan menggunakan tepung



Manakala stesen ketiga pula, Ustaz Ridzuan akan memneri tunjuk ajar bagaimana membasuh tangan sampai ke siku



Kemudian, di stesen keempat pula murid di bimbing oleh Ustazah Noralia bagaimana membasuh kepala



Stesen kelima murid menunjukkan cara membasuh kaki sambil dibimbing oleh Ustazah Noorulhuda



Akhir sekali tertib. Di stesen ini murid dikehendaki mendemontrasi cara-cara berwuduk.



Aktiviti  kedua pula murid diberi taklimat dalam aktiviti menjejak atau bahasa yang mudah Explorace. Dalam aktiviti ini murid dikehendaki mencari seberapa banyak bahan-bahan ilmiah berkaitan dengan solat di sekeliling sekolah.



Murid membaca arahan sambil mencari arah.

Saturday, November 7, 2009

Jejak Ilmiah Kem Membaca 1 malaysia


Cikgu Jamaayah bertugas mingguan dalam minggu kem membaca



Munirah dari murid tahun 6 bercerita dengan penuh semangat



Asnawi membuat ulasan mengenai buku yang telah dibacanya



Norulhusna juga tidak ketinggalan mengulas buku kegemarannya



murid secara berkumpulan berbincang menyiapkan tugasan yang telah diberikan



pembelajaran secara kendiri juga terapkan kepada murid SK Tanjung Belanja



Syahirah begitu tekun menyiapkan tugasan kumpulan



Murid berkolaboratif dengan guru bagi mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber



Murid memcari bahan dari pusat sumber bagi mendapatkan maklumat. Maklumat tidak hanya diperolehi dari satu sumber tetapi dari pelbagai sumber.



Murid membentangkan tugasan mereka sambil diadili oleh guru-guru SK Tanjung Belanja yang berpengalaman



kelihatan Amira memberi ulasan mengenai kem membaca



Wednesday, November 4, 2009

Aktivit Jejak Ilmiah Kem Membaca Satu Malaysia





Murid membina rantai makanan berdasarkan haiwan yang diberikan





murid melukis kitaran hujan dan mencari maklumat dari pelbagai sumber



Murid meneroka internet bagi mencari maklumat (project base learning)



Murid mengelaskan haiwan mengikut kelas rantai makanan

Perkhemahan Hari Koku




Cikgu Rosely membimbing murid membaca kompas orienteering

Persembahan malam kebudayaan





murid-murid memasang khemah





Latihan kawad telah dibimbing oleh Cikgu Yusof





Aktiviti mini explorace, murid mengaplikasi penggunaan bearing kompas





murid membuat roti lilit dalam aktiviti backwood cooking



cikgu Firdaus dibantu dengan cikgu Zurida dan En. Tarmizi mambuat gajet pioneering

Murid diterapkan dengan nilai kerjasama dan setiakawan seperti makan bersama-sama





guru-guru berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan seterusnya



malam kebudayaan turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa murid



masa untuk makan..



uli-uli .. jangan tak uli tepung tue..


pengalaman bakar ikan.. skill hidupkan api





murid dan kumpulan terbaik yang mencapai taraf perkhemahan mendapat hadiah

Panorama