Wednesday, September 21, 2011

Sambutan Hari Malaysia 2011

Sambutan Hari Malaysia yang ke 48 dan Hari Kebangsaan ke 54 telah julung-julung kali diadakan di SK Tanjung Belanja dengan tema Trasformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. Sambutan diadakan terus selepas perhimpunan pagi selama satu. Guru bertugas mingguan, En. Mohd Firdaus memberi sedikit ceramah mengenai kemerdekaan kepada murid-murid. Sambutan diadakan di dalam kantin kerana hujan pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Menghias Basikal Tercantik dan Kuiz Kemerdekaan telah dijalankan bermula pada minggu lepas lagi. Acara disambut dengan sederhana dan penuh gilang gemilang.





 Ceramah kemerdekaan disampaikan oleh Cikgu Firdaus selaku guru bertugas mingguan.
Murid-murid mendengar dengan penuh semangat
Cikgu Rabizah selaku guru yang melatih koir untuk persembahan
Murid menyanyikan lagu koir berbeza ketika latihan dibuat. Ketika latihan penuh semangat, apabila hari yang sebenar seperti gemuruh. Mungkin ini baru pertama kali beraksi di hadapan pentas barangkali.
Murid dari kelas pendidikan khas menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Aku Anak Merdeka'
Lagu Tanggal 31 versi rock.. yeah..yeah...
Cikgu Salmah selaku guru penolong kanan kokurikulum menyampaikan hadiah kepada pemenang yang telah memenangi pertandingan yang telah dipertandingkan
Cikgu Azizi selaku guru penolong kanan pentadbiran menyampaikan hadiah untuk pertandingan basikal berhias 
Nyanyian lagu Tanggal 31 dan Kita Satu Malaysia (Lim Kok Wing) secara beramai-ramai.
Murid memperagakan basikal mereka di tapak perhimpunan pagi
Adik Ikhwan dari tahun 6 salah seorang peserta pertandingan
Adik Ibrah adalah johan pertandingan basikal berhias. Pertandingan basikal berhias pada tahun ini agak hambar apabila hanya 4 peserta sahaja yang menyertai berbanding dengan tahun lepas sambutan yang menggalakkan.
Murid-murid mendengar ucapan daripada Guru Besar
Salah sebuah basikal yang diperagakan
Diharap pada tahun hadapan sambutan akan lebih menggalakkan.

Tuesday, September 20, 2011

Kem Bestari Solat Inklusif Pendidikan Khas

Pada 24 Ogos 2011 Panitia Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Khas telah menganjurkan Kem Solat Bestari mengambil sempena Program Ihya' Ramadhan. Penceramah jemputan adalah guru J-QAF dari kelas aliran perdana iaitu Ustaz Ahmad Ridwan Bin Abdul Malik. Banyak informasi dan praktikal solat yang telah diajar oleh beliau kepada murid pendidikan khas. 
Penyampaian penuh bersemangat oleh Ustaz Ahmad Ridzuan
Murid pendidikan khas melakukan simulasi cara mengambil wuduk

Murid yang berjaya menjawab kuiz mendapat hadiah

Motivasi Ramadhan Untuk Guru Dan Calon UPSR

Tanggal 18 Ogos yang lalu pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada wakil JPN Perak, Wakil PPD Kinta Utara dan Wakil dari PPD Perak Tengah. Kunjungan mereka adalah untuk memotivasi guru dan calon agar mereka tidak terlalu stress dengan peperiksaan yang bakal kunjung tiba. En. Rashid Bin Bidin wakil PPD Perak Tengah memberi sedikit input dan sokongan moral bagi menaikkan semangat guru dan murid UPSR. Wakil daripada JPN pula menyampaikan ucapan salam dan memberitahu bahawa Pengarah JPN mahu semua pegawainya turun padang bagi memastikan Negeri Perak mendapat ranking ke 3 dalam Malaysia dari segi kualiti dalam pencapaian UPSR tahun 2011.
Kata-kata semangat daripada En. Rashid Bin Bidin
Salah seorang murid SKTB menyuarakan hasrat untuk mendapat 5A dalam UPSR 2011
Murid-murid mendengar dengan khusyuk apa yang disampai dan harapan Jabatan Pelajaran Negeri Perak bagi memastikan  pencapaian cemerlang dalam UPSR 2011 dari segi kualiti.

Program Ihya Ramadhan Dan Majlis Khatam Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini pelbagai program dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi menyemarakkan ruh islam ke dalam diri murid-murid. Antara program yang dijalankan adalah sepanjang bulan Ramadhan adalah Tadarus Al-Quran dan Tazkirah. Tadarus disasarkan kepada semua murid celik Al-Quran dan Tazkirah pula kepada murid buta Al-Quran. Di samping itu juga, tabung derma Ihya' Ramadhan juga dijalankan. Sebelum murid masuk ke dalam kelas, murid akan diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran setiap pagi dari corong-corong pembesar suara sekolah. Pelbagai pertandingan diadakan khas kepada semua murid SK Tanjong Belanja. Antaranya kuiz ramadhan, pertandingan mewarna dan pertandingan ejaan jawi. Selain itu, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan menjemput penceramah daripada luar untuk memberi ceramah Nuzul Al-Quran. Hasil sumbangan tabung Ihya' Ramadhan pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid Tanjong Belanja dan sumbangan sedekah kepada anak-anak yatim yang miskin. Pihak panitia juga telah memetaki risalah cara menyambut Aidilfitri buat tatapan semua warga SKTB.
Ceramah Nuzul Al-Quran 
Majlis Khatam Al-Quran
Khalifah Bacaan Khatam Al-Quran
Persembahan oleh murid prasekolah
Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang telah dipertandingkan mengambil sempena Ihya' Ramadhan
Barisan guru wanita menunggu untuk bersalam-salaman sempena Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi
Murid-murid bersalaman dengan guru kesayangan mereka
Persembahan nasyid oleh adik-adik prasekolah

Panorama