Sunday, October 24, 2010

Hari Persaraan Puan Norashidah

10.10.2010 merupakan tarikh keramat bagi Puan Norrashidah setelah berkhidmat sebagai pegawai pendidikan kerajaan selama 32 tahun. Majlis persaraan beliau berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dewan SK Tanjung Belanja. Beliau pernah bertugas di enam buah sekolah dan terakhir di sekolah ini selama  6 tahun. Banyak jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh Puan Norrashidah, atas komitmen beliau dalam perkhidmatan pendidikan beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu di SM Iskandar Shah, Parit pada tahun 1998 dan di SK Tanjung Belanja pada tahun 2007.

Tepat jam 10 pagi, murid-murid SKTB mula berkumpul dan membuat barisan yang panjang bagi menanti ketibaan Puan Norrashidah. Deruman enjin Toyota Vios berwarna hitam milik Puan Saftina yang membawa seorang insan guru yang telah sekian lama berkhidmat dalam arena pendidikan. Paluan kompang dan iringan bunga manggar oleh murid-murid memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. 

Puan Norrashidah telah diiring masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Seterusnya adik Najwa Hannani mewakili murid memberi sepatah dua ucapan buat guru mereka yang disayangi. Tidak ketinggalan juga YDP PIBG Encik Shahrul Anuar juga memberi kata-kata peransang buat orang yang diraikan. Akhir sekali ucapan daripada Guru Besar SKTB selaku ketua dalam pentadbiran sekolah ini.

Setelah ucapan demi ucapan telah diungkapkan, majlis diserikan lagi dengan bacaan biodata guru yang dirai dan sedikit komen dari murid dan rakan setugas beliau. 
Persembahan slide biodata Puan Norrashidah
.
Komen daripada warga sekolah mengenai beliau sepanjang bertugas di SKTB.

Setelah bacaan biodata guru yang dirai, majlis memberi ruang kepada guru yang dirai bagi menyampaikan sepatah dua kata ucapan terakhir sebagai seorang guru. Seterusnya penyampaian watikah persaraan disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar SKTB dan penyampaian hadiah daripada warga sekolah.
Sumbangan ikhlas daripada warga SKTB sebagai tanda kenang kenangan.

Persembahan 'Coral Speaking' daripada murid tahun 6
Setelah penyampaian hadiah dan persembahan murid tahun 6 majlis bersurai. Murid bersalamam dengan guru yang dirai dan sesi bergambar bersama-sama guru dan staf.
Guru-guru SKTB yang segak dan bergaya dihari persaraan.
Pelukan erat dan mesra dalam suasana yang sebak mengiringi pemergian Puan Norrashidah.
Lambaian terakhir Puan Norrashidah untuk warga SKTB dan dunia pendidikan setelah 32 tahun memerah keringat mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Inilah kereta yang membawa Puan Norrashidah pergi. 

Panorama