Monday, November 1, 2010

Ceramah Penglibatan Pelajar Dalam Gejala Sosial

Pada 1 November 2010, sebuah ceramah mengenai penglibatan pelajar dalam gejala sosial telah disampaikan oleh Kopral Yusri Bin Arshad dari IPD Seri Iskandar. Ceramah tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Rozali Bin Din dan dirasmikan oleh En. Azizi selaku Penolong Kanan Pentadbiran SKTB yang baru. Banyak perkara berkaitan dengan salah laku telah disentuh oleh penceramah tersebut antaranya kecurian, ragut, samseng jalanan, dadah dan rogol. Secara tuntasnya jenayah adalah perbuatan atau perlakuan yang menyalahi undang-undang peraturan hidup masyarakat. Jenayah juga boleh ditakrifkan dengan tersalah cakap dan terlanjur perbuatan.
Kopral Yusri memberitahu bahawa jenayah boleh berlaku bergantung kepada 3 elemen iaitu niat, upaya dan peluang. Kita boleh halang keupayaan dan peluang tetapi kita tidak dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan (niat) oleh seseorang itu. Kita selalu membuka peluang kepada jenayah. Sebagai contoh, meletakkan barang di tempat yang mudah dicuri, berjalan-jalan bersendirian di tempat yang sunyi dan sebagainya.

Selepas ceramah disampaikan Kopral Yusri membuat kuiz dengan murid-murid. Murid yang berjaya menjawab soalan akan mendapat hadiah. Guru-guru pula telah mendaftarkan diri dengan Rakan Cop bagi membantu pihak berkuasa menbanteras jenayah.


Panorama