Monday, October 21, 2013

Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah Ramadhan

Pada 19 Julai 2013 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk warga SKTB. Program tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam SKTB. Pada sebelah siangnya, murid-murid dan guru bergotong royong untuk menyediakan hidangan bagi berbuka. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebelum berbuka, majlis diserikan dengan tazkirah ramadhan oleh Ustaz Zaki dari SK Belanja. Selepas berbuka semua warga SKTB sembahyang maghrib, insyak dan terawaih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ustaz Zaki sebanyak 8 rakaat. 
 Murid dan guru memproses ayam
 Ustaz Ridzuan membersihkan ayam dan buang kulit
 Murid-murid turut membantu membuang kulit ayam
 Warga SKTB bergotong royong memasak hidangan berbuka
 Ustaz Zaki memberi tazkirah ramadhan
 Murid mendengar tazkiran dengan penuh khusyuk
 Ustaz Zaki memberi tazkirah dan bersoal jawab dengan murid
 Cenderamata dari Warga SKTB
 Hamper tanda terima kasih kepada Ustaz Zaki
 Guru praktikum dari IPG Kampus Ipoh turut serta dalam majlis berbuka
 Warga SKTB turut berbuka
 Guru dan anak guru turut tidak ketinggalan
 Guru menanti waktu berbuka
 Murid beratur mengambil makanan
 Murid beratur mengambil makanan
 Majlis bacaan tahlil sementara menunggu waktu berbuka
 Muzakarah selepas makan
 Murid membaca tahlil dengan penuh khusyuk

Panorama