Thursday, October 17, 2013

Coret-coret Sambutan Hari Guru Peringkat SKTB 2013

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
Tema Hari Guru

  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda

  •  Bacaan doa selamat oleh Ust Ridzuan
     Guru dan murid mengaminkan doa
     Murid mengaminkan doa dengan penuh kehambaan dan tawaduk
     Harapan yang tinggi dari barisan guru perempuan
     Cikgu Rozali mengupas buah epal untuk mencari kupasan yang terpanjang
     Cikgu Yusof merupakan johan kupasan yang terpanjang
     Murid memberi sokongan kepada guru mereka
     Guru-guru makan
     Guru perempuan tunggu hendak memakan kek
     Guru mencedok makanan
     Ustaz Ridzuan makan
     Kek sumbangan Yb Nizar dan Bank Rakyat Seri Iskandar
     Guru Besar dan guru penolong kanan kokurikulum potong kek
     Murid Prasekolah
     Murid menyanyi lagu
     Ustaz Ridzuan picit tangan budak
     Guru Besar menyanyi
     Cikgu bersalaman dengan budak dan menangis sedih
     Barisan guru lelaki
     Adik Alissa Binti Omar memberi ucapan wakil pelajar
     Guru bersiap sedia senam aerobik
     Guru pegang kacang dengan copstick
     Pengurus Bank Rakyat bagi kek 
     Guru sukaneka
     Murid menunggu acara sukaneka oleh guru
     Ustaz potong buah epal
     Ustaz Qamarul Ariffin potong buah epal
     Murid buat persembahan
    Guru tersenyum dan tunjuk simbol dua dengan jari

    Panorama