Thursday, October 27, 2011

Perkhemahan Kem 1Malaysia

Pada 8 dan 9 Oktober 2011 pihak sekolah telah berjaya menganjurkan satu perkhemahan melibat murid dari tahun 4, 5, 6 dan pendidikan khas selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan berkat kerjasama daripada semua guru dan staff SK Tanjong Belanja. Seramai 49 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut. Berikut adalah tentatif program yang telah dijalankan dengan jayanya dengan Ustaz Ahmad Ridzuan sebagai kem komandan.



Masa       Aktiviti
7.30 am   Pendaftaran
8.00 am   Taklimat / pembahagian kumpulan
8.15 am   Mendirikan khemah
9.30 am   Treasure Hunt
12.30pm  Solat zohor / makan tengah hari
2.30 pm   LDK 1
3.30 pm   LDK 2
4.30 pm   Solat Asar dan minum petang
5.00 pm   Riadhah
6.30 pm   Mandi/makan malam/solat magrib&Isyak
9.00 pm   Malam ‘talent time’
10.30pm  Minum malam dan tidur
5.30 am   Bangun pagi/solat subuh
7.30 am   Riadhah
8.30 am   Bersih kawasan perkhemahan
9.30 am   Refleksi perkhemahan
10.00am  Pulang


Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 3 orang guru pembimbing bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tugasan sebelum perkhemahan lagi iaitu mencipta logo, motto, yell (sorakan), bendera dan persembahan dengan bimbingan guru pembimbing. Aktiviti yang dijalankan lebih bercorakkan sains, kepimpinan dan semangat kerjasama dalam pasukan. Dalam aktiviti LDK pula murid didedahkan dengan pembentukan sahsiah, visi dan misi hidup bagi melahirkan insan berperibadi unggul.





































































Panorama