Thursday, October 27, 2011

Majlis Ihtifal JQAF Daerah Perak Tengah

Pada 26 Oktober 2011 telah berlangsung Majlis Ihtifal JQAF peringkat daerah Perak Tengah di SK Iskandar Shah. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang. Pelbagai acara telah dipertandingkan pada majlis tersebut antaranya Pertandingan Tulisan Jawi dan Khat, Pertandingan Kuiz Agama dan Pertandingan Hiwar dan Ilqa' Haraqi. SK Tanjung Belanja telah menghantar 2 orang peserta iaitu adik Mohd Izzat Haziq Bin Idris dan Sarah Nadhirah Binti Mat Zaini. Mereka berdua telah mewakili sekolah dalam acara Pertandingan Tulisan Jawi dan Khat. Adik Mohd Izzat Haziq telah terpilih sebagai johan dalam acara yang telah disertainya. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Mahd. Sharipuddin Bin Shaffie.
 Mohd Izzat Haziq dan Sarah Nadhirah diapit oleh dua orang guru pembimbing Ustaz Firdaus dan Ustazah Asnosyawariah
 Murid menunjukkan bakat dalam pertandingan Hiwar (perbualan bahasa arab)
 Barisan hakim yang arif lagi bijaksana
 Persembahan Ilqa' Haraki atau 'Action Song' 
 Pertandingan Kuiz Agama
 Salah satu kuiz yang dipersoalkan
 Ucapan perasmian penutup oleh Timbalan PPD Tn. Hj. Mahd. Sharippudin
 Mohd Izzat Haziq menerima hadiah dan sijil penyertaan selaku johan pertandingan tulisan jawi dan khat
 Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis tersebut
Pertandingan tulisan jawi dan khat


Panorama