Thursday, April 22, 2010

Pertandingan Bola Baling MSSD Perak Tengah 2010


Pada 20 dan 21 April telah berlangsung kejohanan bola baling peringkat daerah perak tengah di Sek. Keb. Seri Changkat. Perlawanan tersebut berlangsung dengan gilang gemilang. Sebanyak 4 padang untuk pertandingan telah digunakan. Terdapat 8 sekolah dari kategori perempuan dan 8 sekolah dari kategori lelaki. Perjalanan untuk ke sana amat mencabar kerana sejauh 15 km ke dalam sekolah tersebut tiada sebuah rumah sehinggalah tiba di kampung Chenderung Kelubi. Pasukan sekolah telah menghantar seramai 12 orang pemain dan 4 orang guru pengiring serta beberapa orang guru untuk pasukan sorak.

Senarai Keputusan Rasmi perlawanan di peringkat Daerah

SK Tanjung Belanja - SK Lambor Kiri 2-2
SK Tanjung Belanja -SK Selat Pulau 4-0
SK Tanjung Belanja - SK Bota Kanan 1-1
SK Tanjung Belanja -SK Pasir Kubu3-2
SK Tanjung Belanja - SK Lambor Kiri 1-4
Perlawanan akhir antara SK Tanjung Belanja melawan SK Lambor Kiri (1-4)
Senyuman kegembiraan bak kata orang putih 'moment of glory'
Sebelum perlawanan bermula sudah menjadi adat pasukan SK Tanjung Belanja membaca doa
Lontaran emas yang melayakkan pasukan SK Tanjung Belanja ke perlawanan akhir.
Hands up!!! jangan bergerak kalau tak nanti tak gol...
Pasukan sorak dan jurulatih SK Tanjung Belanja yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat lelah.

Panorama