Pada 9 hingga 11 April yang lalu, SK Tanjung Belanja telah menghantar seramai 14 orang ahli pengakap ke perkhemahan ujian lencana keris perak di Kem Kota Layang-Layang Kiri. Penyertaan tersebut adalah diperingkat daerah Perak Tengah, Perak. Tapak perkhemahan telah dipilih seminggu lebih awal untuk mengelakkan perebutan tapak yang saban tahun menjadi isu utama perkhemahan tersebut. Pengakap Kumpulan 69 SK Tanjung Belanja telah memilih lokasi yang paling strategik iaitu di bahagian belakang dan paling luar bagi memudahkan pergerakan guru serta bantuan logistik ke perkhemahan tersebut.Pada 9 hingga 11 April yang lalu, SK Tanjung Belanja telah menghantar seramai 14 orang ahli pengakap ke perkhemahan ujian lencana keris perak di Kem Kota Layang-Layang Kiri. Penyertaan tersebut adalah diperingkat daerah Perak Tengah, Perak. Tapak perkhemahan telah dipilih seminggu lebih awal untuk mengelakkan perebutan tapak yang saban tahun menjadi isu utama perkhemahan tersebut. Pengakap Kumpulan 69 SK Tanjung Belanja telah memilih lokasi yang paling strategik iaitu di bahagian belakang dan paling luar bagi memudahkan pergerakan guru serta bantuan logistik ke perkhemahan tersebut. Pada Petang Jumaat kelihatan beberapa orang guru dari SKTB datang memasang khemah dan membuat gajet.
Guru yang setia berkhidmat demi anak murid SKTB
Kelihatan Cikgu Siti Dan Cikgu Firdaus membuat gajet dapur
Turut sama Teacher Syarina, Ustazah Shazila dan Cikgu Zurida membuat gajet rak kasut.
Ustaz Ridzuan juga tidak ketinggalan membantu ahli pengakap sepenuh masa bagi memastikan perjalanan perkhemahan berjalan dengan lancar
Setelah kepenatan Cikgu Rozali dan Pakcik Din meminum air.
Kaum wanita SKTB juga tidak ketinggalan membantu. Semangat kerjasama dan permuafakatan yang ditunjukkan sebegini haruslah dijadikan teladan pada generasi sekarang dan mendatang
Pemeriksaan pagi oleh penolong pesuruhjaya pengakap Perak Tengah
Bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang pengakap SKTB. Inilah hasil dari kerjasama dan semangat yang ditunjukkan berjaya membuahkan hasil.
Setelah keletihan bekerja, maka kami pun makan sambil minum bersama dengan murid kesayangan
Setelah keletihan bekerja, maka kami pun makan sambil minum bersama dengan murid kesayangan
Malam kebudayaan disajikan dengan BBQ ayam, sotong, udang dan ikan. Tukang masaknya pengawal keselamatan kami saudara Lan, Cikgu Asmah, dan Ustaz Ridzuan.
Staf akademik dan kakitangan SKTB turut hadir bagi memberi sokongan kepada peserta malam kebudayaan.
Persembahan Burgha ini telah dilatih oleh guru tarian yang berkaliber iaitu Teacher Gangga dari Prasekolah Pendidikan Khas SK Tanjung Belanja
Cikgu Asmah kelihatan mengawasi peserta ujian lencana keris perak makan tengah hari walaupun perut sendiri sudahpun berbunyi-bunyi. Biar berlapar asalkan anak murid sihat.
Ustaz Ridzuan menghidupkan api bagi memastikan semua peserta dapat membuat roti lilit.
Semua peserta berjaya membuat roti lilit. Ada juga yang masak sampai hangit.
'peace' itulah lambang yang ditunjukkan oleh Teacher Gangga dan anak muridnya.
Khemah-khemah akan dicuci bagi memastikan pengguna akan datang dapat menggunakannya lagi.