Friday, October 23, 2009

Perkhemahan Hari Kokurikulum 2009 Minggu Depan





Pergerakan pengakap dan puteri islam adalah satu gerak kerja pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah dan ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran secara tidak langsung. Melalui aktiviti kokurikulum murid-murid akan diterapkan dengan nilai bekerjasama, berdikari, berdisiplin, berkepimpinan, daya tahan fizikal dan mental bagi membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelektual. Ini adalah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara. Perkhemahan adalah salah satu daripada cabang pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk menguji kecekapan mereka dalam ilmu kepengakapan dan keputeri islaman. Justeru itu, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Hari Kokurikulum bagi melengkapkan program pendidikan dan seterusnya memenuhi kalendar tahunan SK Tanjung Belanja. Pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat murid-murid dalam aktiviti perkhemahan di samping menyampaikan aktiviti pembelajaran secara tidak langsung seperti dalam permainan, pengembaraan dan kebudayaan berpandukan sukatan skim latihan yang baru.




2.0 OBJEKTIF


2.1 memberi pendidikan, pengetahuan, teknik pengisian buku log dan cara lebih berkesan dalam aktiviti perkhemahan mengikut sukatan perkhemahan.


2.2 menyediakan aktiviti menarik minat ahli pengakap dan Puteri Islam berlandaskan Skim Kepengakapan dan Skim Latihan Puteri Islam melalui jurulatih berpengalaman dan fasilitator yang terlatih.


2.3 membuka ruang interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid seterusnya bertukar pengalaman dan kemahiran sesama mereka.


2.4 memberi pendedahan awal mengenai aktiviti perkhemahan dan menambah minat bagi menyertai perkhemahan yang akan diadakan di dalam atau di luar sekolah.


3.0 MATLAMAT


3.1 memberi pendidikan seluas mungkin ilmu kepengakapan dan Puteri Islam kepada peserta dengan adanya jurulatih dan fasilitator bertauliah dan mempunyai pengalaman luas.


3.2 memberi pendedahan dan pengalaman aktiviti kokurikulum melalui perkhemahan kepada murid-murid SK Tanjung Belanja.


4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Tanjung Belanja tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga ke tahun 6.




5.0 TARIKH HARI KOKURIKULUM
30 Oktober 2009 hingga 31 Oktober 2009


6.0 TEMPAT


Padang SK Tanjung Belanja




7.0 PERALATAN


Peralatan perkhemahan, peti pertolongan cemas dan hadiah akan disediakan oleh pihak sekolah dan jawatankuasa yang terlibat.


8.0 SURAT KEBENARAN


Pemimpin Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam dikehendaki mengeluarkan surat kebenaran waris kepada murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan Hari Kokurikulum ini.


9.0 UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN


Undang-undang pengakap dan Puteri Islam adalah undang-undang perkhemahan. Semua peserta dan guru adalah tertakluk di bawah peraturan perkhemahan. Satu tindakan tatatertib akan diambil kepada sesiapa yang mengingkarinya.


10.0 PENUTUP


Semoga objektif program Hari Kokurikulum ini dapat dicapai dengan jayanya dan memberi manfaat kepada murid dan guru untuk diaplikasikan dalam pengalaman seharian. Akhir sekali, diharap aktiviti program ini dapat dijalankan dengan jayanya.











Atur cara pada hari Jumaat 30 Oktober 2008
Masa
Aktiviti
Guru bertugas
3.00 pm
Pendaftaran murid tahap 2
Cik Ganggadewi
Pn. Norrashidah
Cik Shazila
3.30 pm
Taklimat
En. Yazali
3.40 pm
Doa selamat
En. Qamarul
3.45 pm
Mendirikan khemah
En. Mohd Firdaus
En. Yazali
En. Ridzuan
4.50 pm
Minum petang dan solat asar
Pn. Siti Fatimah
5.30 pm
Orieenteering
En. Mohd Firdaus
En. Yaki
6.30 pm
Makan malam dan persiapan kendiri
Pn. Halimatussadiah
Semua guru/pekerja SKTB
7.30 pm
Sembahyang Maghrib
Semua guru
8.10 pm
Ceramah agama
Tn. Hj. Rozali
8.30 pm
Solat Isyak
Semua guru
9.00 pm
Malam kebudayaan
Cik Zurida
Cik Ganggdewi
Cik Nazahiah
10.00 pm
Minuman ringan
Pn. Norasmah
10.30 pm
Tidur




Atur cara pada hari Sabtu 1 November 2008
Masa
Aktiviti
Guru bertugas
5.30 am
Mandi dan solat subuh
Semua Guru
6.30 am
Muhasabah diri
Penceramah jemputan
7.00 am
Senamrobik
Cik Saftina
Pn. Norhayati
7.30 am
Sarapan pagi
Cik Norshaliza
8.30 am
Latihan kawad
En. Firdaus
En. Yazali
Cik Shazila
9.30 am
Ikatan
En. Firdaus
Semua guru
10.00 am
Pertolongan Cemas
En. Firdaus
En. Yaki
10.30 am
Minum pagi
Pn. Shamilah
Semua Guru
11.00 am
Mini explorace
En. Mohd Firdaus
Semua Guru
12.00 pm
Penyampaian hadiah dan majlis penutup
Pn. Syarinatullaili (Juruacara)
Pn. Noorulhuda (Hadiah)









Perkhemahan Keris Perak

Membuat roti lilit

Belajar membuat simpulan dan ikatan perkhemahan hari koku pendidikan khas

Panorama