Saturday, October 17, 2009

Pembelajaran Berasaskan Projek








Pembentangan tugasan oleh murid SK Tanjung Belanja


murid mencari maklumat dari pelbagai sumber



murid membina model



murid membina model bagi menguji kestabilan sesuatu struktur


Adalah dirasakan pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam

pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti serta dapat
menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. Sekiranya
pembaharuan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti SK Tanjung Belanja mampu mendepani sekolah-sekolah dalam program pembestarian sekolah.
Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, pelajar-pelajar akan diberi tugasan
tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar
kemudiannya akan akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya.
Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia Mata Pelajaran bolehlah digunakan untuk
membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan
guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu
diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan
secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh
para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan.
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berasaskan projek ialah pembentangan hasil
tugasan. Komputer hendaklah digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. Semasa
pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan
soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.







Panorama