Tuesday, April 30, 2013

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon PKG Parit 2013

Pada 1 dan 2 April 2013 yang lalu, SK Tanjong Belanja telah menyertai pertandingan bola baling peringkat zon PKG Parit yang diadakan di SK Bukit Chupak. Pasukan lelaki telah tersingkir di peringkat awal. Manakala pasukan perempuan bawah 12 telah muncul naib johan setelah tewas dengan jaringan penalti. Perlawanan sengit pasukan perempuan dengan SK Iskandar Shah berakhir dengan seri dan ditambah masa tambahan pun masih lagi seri. Akhirnya, balingan penalti menjadi punca SKTB tewas kepada pasukan lawan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Nizar Bin Zakaria Parlimen Parit.
Pasukan bola baling SK Tanjong Belanja bersama dengan jurulatihnya.
 Murid menerima hadiah daripada YB Ustaz Nizar Bin Zakaria, Parlimen Parit.
 Murid perempuan berlawan dengan SK Iskandar Shah
 Murid perempuan baru sahaja bubuh gol
 Ustaz Ridzuan jadi jurulatih
 Murid lelaki senyum ketika beraksi di hadapan kamera
 Murid lelaki bersalaman dengan pasukan lawan
 Murid perempuan lawan dengan SK Teluk Perang
 Murid perempuan membuat hantaran bola
 Murid perempuan membuat jaringan penalti
 Murid perempuan dapat hadiah
 Murid perempuan gembira dapat hadiah
Keputusan perlawanan, SKTB merujuk kepada pasukan sekolah

Panorama