Wednesday, November 23, 2011

Karnival Prasekolah 2011

Pada 1 November 2011 yang lalu Prasekolah Permata telah mengadakan karnival prasekolah peringkat sekolah di dewan SK Tanjong Belanja. Pelbagai program dan acara telah dijalankan bagi memeriahkan karnival tersebut. Karnival yang bermula pada pukul 2.30 petang dimulakan dengan acara sukaneka akademik. Adik-adik comel dan cilik telah menunjukkan telatah mereka yang melucukan. Setelah acara sukaneka akademik program diteruskan lagi dengan hari pelanggan. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada komuniti program prasekolah dan matlamatnya berdasarkan Sub NKRA 2011. Disamping itu, ibu bapa juga berpeluang melihat hasil kerja anak-anak mereka sepanjang sesi pengajian tahun 2011. Pada pukul 3.30 petang semua tetamu dan adik-adik prasekolah telah berada di dalam dewan untuk beberapa acara kemuncak. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis, nanyian lagu negaraku dan persembahan tarian murid prasekolah. Seterusnya diperdengarkan bacaan doa oleh Ustaz Qamarul Ariffin bagi merahmati majlis. Selesai sudah bacaan doa, ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar dan perasmian majlis oleh Tuan Pegawai PPD Bahagian Sekolah Rendah. Majlis diserikan lagi dengan tayangan slide persembahan  MS Power Point mengenai aktiviti sepanjang 2011 dan beberapa persembahan murid. Pada penghujung majlis disampaikan cenderamata dan anugerah konvokesyen prasekolah. Antara murid yang terlibat :
  1. A. Nurin Alisya Husna Binti A. Halim
  2. Ahmad Razin Bin Damanhuri
  3. Anis Suraya Bt Abdul Halil
  4. Azran Rezza Bin Yazali
  5. Barkis Bin Ismail
  6. Marziatul Nor Akmal Binti Hassan
  7. Muhammad Az'zumar Shakir bin Rosezam
  8. Muhammad Hasif Hani Bin Ahmad Salihin
  9. Noor Farah Izzaty Bin Ramli
  10. Nur Aishah Binti Zainuddin
  11. Nur Aliah Qistina Binti Azman
  12. Nur Amalina Binti Meor Nokhori
  13. Nur Farisha Shahira Binti Nazari
  14. Nur Fatin Liyana Binti Mohamad Mizun
  15. Siti Nor Diana Binti Isa
  16. Nur Damia Qistina Binti Qamarul Ariffin
  17. Tengku Puteri Fatimahasmah Binti Tengku Shamsul Kamal
  18. Mohamad Shahrul Bin Noor Azhar
  19. Mohamad Muhaimin Bin Mohamad Nasir
  20. Muhammad Aqiff Bin Mohamad Nizam
  21. Muhammad Fakhrul Hazim Bin Ismail
  22. Muhammad Mukhriz Bin Muhammad Shairizal
  23. Muhammad Zul Hilmi Bin Juhari'
  24. Nur Ain Najwa Binti Mohamed Rafi
  25. Nurul Shafika Binti Fairul
Prasekolah Pendidikan Khas SK Tanjong Belanja
  1. Muhammad Nasiruddin Haris Bin Mohd Tarmizi
  2. Noor Ain Zalia Binti Ramli
 Ibu bapa melihat hasil kerja anak-anak mereka sepanjang 2011
Pelbagai senyuman yang terukir dibibir melihat hasil tulisan anak-anak mereka
 Guru Besar mengiringi Pegawai PPD Bahagian Sekolah ke prasekolah pendidikan khas
 Cikgu Shamilah sedang menata solekan pada wajah anak kesayangannya
 Solekan yang rapi memerlukan kepakaran yang tinggi daripada yang berpengalaman
 Antara tetamu yang hadir
 Bacaan doa oleh Ustaz Qamarul Ariffin
 Ucapan alu-aluan oleh tuan guru besar
 Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD Bahagian Sekolah
 Persembahan oleh adik-adik prasekolah
 Tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut
Hadiah disampaikan oleh Wakil PPD dan diiringi oleh tuan Guru Besar




Panorama