Monday, July 4, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

16 Mei merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik dan yang pastinya ia adalah hari paling disukai oleh guru dan murid-murid. Tema sambutan hari guru tahun ini adalah Guru Penjana Transformasi Negara. Sambutan hari guru bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan perutusan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan. Acara diteruskan dengan pertandingan bola tampar antara guru lelaki dan pertandingan bola baling antara guru perempuan. Setelah pertandingan selesai murid dan guru mengambil tempat di dalam dewan untuk acara sesi bertukar hadiah dan persembahan kelas. Sambutan selesai pada pukul 2 petang selepas jamuan makan tengah hari.
Cik Siti Hagrah selaku pengerusi majlis
Pukulan hebat daripada Cikgu Yaki
Pertandingan bola tampar antara guru dan murid
Sesi bertukar-tukar hadiah antara kakitangan SKTB
Bacaan perutusan oleh Puan Salmah Binti Maibon
Rejaman yang hebat daripada cikgu Firdaus

Panorama