Friday, May 6, 2011

Perkhemahan Keris Gangsa dan Puteri Islam

Pada 9 april 2011 yang lalu telah berlangsung perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Pasukan Pengakap Kanak-Kanak dan Puteri Islam dari murid tahun 4 hingga 6 telah mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut. Komitmen yang ditunjukkanoleh guru dan murid amat memuaskan. Terdapat 2 sesi bagi guru yang bertugas iaitu pada sesi pagi seramai 12 orang guru dan sesi petang 13 orang guru.
            Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 7.30 pagi. Taklimat dan pembahagian kumpulan telah dijalankan oleh Ustaz Ahmad Ridzuan setelah selesai pendaftaran. Terdapat 9 orang murid gagal menghadirkan diri pada perkhemahan tersebut. Selesai sudah taklimat dan penerangan ringkas murid menjalankan aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah.
            Tepat pukul 9.30 pagi aktiviti ikatan dan simpulan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah stesyen. Terdapat 6 stesyen dan 2 orang guru di setiap stesyen.  Pukul 10.30 pagi murid telah disediakan dengan kudapan iaitu roti canai. Setelah perut diisi aktiviti diteruskan lagi dengan kursus asas pertolongan cemas dengan menggunakan kaedah stesyen.
            Aktiviti orienteering dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Murid didedahkan dengan teori dan amali bacaan kompas orieeteering bagi mencari jejak di setiap check point yang disediakan. Terdapat 6 check point dan murid dikehendaki mencari arah bearing di setiap check point.
            Pukul 1.00 tengah hari, murid membuat persiapan untuk sembahyang dan makan tengah hari. Setelah makan tengah hari, aktiviti diteruskan lagi dengan membuat roti lilit dan masak telur dalam tanah. Setelah selesai masakan hutan, murid diajar kawad selama sejam oleh En. Firdaus dan Ustaz Ahmad Ridzuan.
            Aktiviti terakhir iaitu halangan komando telah dijalankan dengan menggunakan kaedah stesyen. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan halangan komando bagi melatih murid menjadi lasak. Perkhemahan tamat tepat pukul 5 petang. 
 Perkhemahan di mulakan dengan istiadat mengibarkan bendera
 Ustaz Ahmad Ridzuan memberi taklimat perkhemahan
 Bacaan persetiaan pengakap oleh Troop Leader SK Tanjong Belanja

 Murid Memasang khemah dengan bimbingan guru bertugas
 Latihan mengikat anduh oleh Cikgu Halimaton
 Teknik anduh untuk tangan. Terdapat 6 stesyen untuk aktiviti pertolongan cemas
 Ujian Pertolongan Cemas. Kelihatan 2 orang murid menunjukkan demontrasi mengikat anduh pergelangan tangan 
 Makan pagi berupa roti canai tajaan YDP PIBG En. Shahrul Anuar daripada Kementerian Kesihatan Daerah Perak Tengah
 Aktiviti membuat roti lilit
 Murid membakar roti lilit
 Murid tahun 6 pula memasak telur di dalam tanah
 Aktiviti kecergasan lari berhalangan 
  Aktiviti imbangan di mana setiap murid dikhendaki meniti bata tanpa jatuh
 Aktiviti memanjat tali bertujuan menguji tahap kecekapan dan ketangkasan murid 
 Halangan kawad duri.
 Meniti tali 
Berlari sambil melompat di dalam gelung rotan

Panorama