Sunday, February 20, 2011

Jamuan Perpisahan Pegawai Khas Pendidikan Khas

Pada 28 Januari lalu, warga guru pendidikan khas daerah Perak Tengah telah mengadakan jamuan perpisahan  sebagai mengingati jasa Pegawai Khas Pendidikan Khas, PPD Perak Tengah Encik Dzul Hanan Bin Ghazali yang telah dinaiki pangkat sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK Tasik Damai, Ipoh. Majlis Jamuan Perpisahan tersebut diadakan di Hotel Putra Iskandar, Seri Iskandar, Perak. Kehadiran warga pendidikan khas adalah diluar jangkaan. Banyak teguran dan nasihat yang telah diberikan oleh En. Dzul Hanan. 

Nasihat terakhir sebagai pegawai khas pendidikan khas oleh En. Dzul Hanan
Ucapan daripada En. Khairul Aznan wakil daripada PPD
Cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan daripada Pendidikan Khas SK Tanjong Belanja
 Guru dari SK Tanjong Belanja dan Guru SK Parit bergambar kenang-kenangan bersama-sama mantan Pegawai Khas Pendidikan Khas
 Wakil Pendidikan Khas dari SK Tanjong Belanja iaitu Pn Nornazahiah bersama suaminya yang tersayang En. Mohd Firdaus
 Guru dari SK Tanjong Belanja tidak melepaskan peluang bergambar bersama En. Dzul Hanan
 Pn. Nornazahiah dan Pn. Saftina sempat lagi ber'posing'
 Antara warga pendidikan khas Perak Tengah 
 Warga pendidikan khas khusuk memberi tumpuan pada ucapan En. Dzul Hanan
"bila la nak makan ni" antara kata-kata yang keluar dari mulut guru pendidikan khas yang tak sabar menikmati juadah jamuan.

Panorama