Saturday, July 3, 2010

Bengkel Mind Mapping & Mind Memory


21 Jun 2010 bersamaan hari sabtu, pihak sekolah telah menghantar murid seramai 4 orang bagi mengikuti bengkel teknik membuat peta minda di Kolej Profesional Mara. Program tersebut adalah anjuran KPERAK di bawah naungan kerajaan negeri perak. Setiap sekolah di daerah perak tengah perlu menghantar wakil 4 orang untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5 petang. Penceramah telah di import khas dari Chennai, India dan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Antara murid yang terlibat ialah:

  1. Noreen Natasha Binti Zainal Abidin
  2. Jamaatul Fatehah Binti Mohd Amin
  3. Nur Fatimah Binti Ibrahim
  4. Wan Ainul Umairai Binti Ahmad Sabki
  5. Mohd Firdaus Bin Mohd Jamil (Guru Pengiring)
Antara isi kandungan bengkel tersebut adalah mengenai kepentingan otak manusia dan bagaimana kita ingin memanipulasi otak kita untuk mengingat sesuatu perkara berdasarkan konsep peta minda dan teknik mengingat. Peserta juga didedahkan dengan langkah-langkah membuat peta minda melalui pelbagai teknik. selain itu, peserta juga menjalankan setiap aktiviti secara individu dan kumpulan.

Panorama