Monday, January 25, 2010

Pemeriksaan Gigi Tahun 2010

Tirai 2010 dibuka dengan perkhidmatan pergigian oleh Klinik Kesihatan Parit. Semua murid dari tahun 1hingga tahun 6 telah diperiksa gigi bagi memastikan gigi sentiasa sihat dan kuat. Antara pemeriksaan pergigian yang dijalankan termasuklah lesi luar dan dalam mulut, kebersihan mulut, plak, gingivitis, dentur dan carta gigi. Rekod pergigian dicatatkan dalam Kad Rawatan Pesakit Am/Sekolah. Dalam rekod tersebut turut dicatatkan maklumat am murid, kebenaran untuk rawatan, catatan perubatan lampau dan catatan pergigian.


 Kelihatan pakar pergigian menyusun perlatan yang bakal digunakan

Seorang murid datang melapor diri bagi tujuan pemeriksaan


Murid bersiap sedia untuk pemeriksaan

Pakar pergigian memastikan barang tersusun dengan rapi
























Panorama