Thursday, November 12, 2009

Kem Bestari Solat

Tanggal 11 November 2009 telah berlangsung Kem Pembestarian Solat bagi murid tahun 1 hingga tahun 4. Kem tersebut dikhususkan untuk murid tahun 1 dan 2. Manakala murid tahun 3 dan 4 pula akan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid tahun 1 dan 2 kemahiran-kemahiran serta rukun dalam solat. Terdapat beberapa stesen bagi aktiviti Rukun Wuduk. Murid tahun 1 dan 2 akan membuat simulasi mengambil wuduk manakala murid tahun 3 dan 4 pula akan menjadi pemudahcara.

Murid mendengar taklimat daripada Ustaz Ridzuan berkaitan Kem Bestari Solat



Stesen pertama murid dikhehendaki melafazkan niat



stesen kedua pula murid akan menjalankan simulasi membasuh muka dengan menggunakan tepung



Manakala stesen ketiga pula, Ustaz Ridzuan akan memneri tunjuk ajar bagaimana membasuh tangan sampai ke siku



Kemudian, di stesen keempat pula murid di bimbing oleh Ustazah Noralia bagaimana membasuh kepala



Stesen kelima murid menunjukkan cara membasuh kaki sambil dibimbing oleh Ustazah Noorulhuda



Akhir sekali tertib. Di stesen ini murid dikehendaki mendemontrasi cara-cara berwuduk.



Aktiviti  kedua pula murid diberi taklimat dalam aktiviti menjejak atau bahasa yang mudah Explorace. Dalam aktiviti ini murid dikehendaki mencari seberapa banyak bahan-bahan ilmiah berkaitan dengan solat di sekeliling sekolah.



Murid membaca arahan sambil mencari arah.

Panorama