Tanggal 31 Oktober 2011 yang lalu Guru Pusat Sumber dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia telah melancarkan program kem mebaca 1 malaysia peringkat sekolah selama seminggu. Pelbagai program telah dijalankan antaranya pertandingan sajak, pertandingan pantun, nyanyian lagu patriotik, jejak membaca dan akbar dalam pendidikan. Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara program menarik adalah 10 minit membaca sewaktu pagi sebelum masuk ke dalam kelas. Pada hari jumaat minggu yang sama, hadiah telah disampaikan oleh guru Penolong Kanan Pentadbiran En. Azizi Bin Saleh kepada pemenang dalam pertandingan yang telah dijalankan.
Gimik perasmian oleh Tuan Guru Besar
Puan Noraini menghabiskan lukisan halimunan
Murid-murid tekun membaca dalam program 10 minit membaca pada setiap pagi
Guru-guru juga tidak ketinggalan
Membaca adalah amalan yang murni
Salah satu kunci kejayaan adalah membaca
Salah seorang murid mendapat hadiah dalam program kuiz bahasa pada setiap pagi
Barisan hakim yang arif lagi bijaksana dalam pertandingan puisi
salam seorang peserta mendeklamasi sajak
Program sebegini diadakan adalah untuk mencungkil bakat yang terpendam
Program akbar di dalam darjah
Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan
Semangat dan sikap toleransi diharap dapat dipupuk melalui program sebegini
Kerjasama yang erat disemai ke dalam jiwa anak didik
Peserta yang berjaya diberi hadiah sebagai peneguhan positif bagi menarik minat dimasa akan datang
Cikgu Azizi memberi sedikit ucapan dan galakan kepada murid-murid bagi menyemai sikap suka membaca