Pergerakan pengakap dan puteri islam adalah satu gerak kerja pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah dan ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran secara tidak langsung. Melalui aktiviti kokurikulum murid-murid akan diterapkan dengan nilai bekerjasama, berdikari, berdisiplin, berkepimpinan, daya tahan fizikal dan mental bagi membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelektual. Ini adalah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara. Perkhemahan adalah salah satu daripada cabang pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk menguji kecekapan mereka dalam ilmu kepengakapan dan keputeri islaman. Justeru itu, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Hari Kokurikulum bagi melengkapkan program pendidikan dan seterusnya memenuhi kalendar tahunan SK Tanjung Belanja. Pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat murid-murid dalam aktiviti perkhemahan di samping menyampaikan aktiviti pembelajaran secara tidak langsung seperti dalam permainan, pengembaraan dan kebudayaan berpandukan sukatan skim latihan yang baru.
2.0 OBJEKTIF
2.1 memberi pendidikan, pengetahuan, teknik pengisian buku log dan cara lebih berkesan dalam aktiviti perkhemahan mengikut sukatan perkhemahan.
2.2 menyediakan aktiviti menarik minat ahli pengakap dan Puteri Islam berlandaskan Skim Kepengakapan dan Skim Latihan Puteri Islam melalui jurulatih berpengalaman dan fasilitator yang terlatih.
2.3 membuka ruang interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid seterusnya bertukar pengalaman dan kemahiran sesama mereka.
2.4 memberi pendedahan awal mengenai aktiviti perkhemahan dan menambah minat bagi menyertai perkhemahan yang akan diadakan di dalam atau di luar sekolah.
3.0 MATLAMAT
3.1 memberi pendidikan seluas mungkin ilmu kepengakapan dan Puteri Islam kepada peserta dengan adanya jurulatih dan fasilitator bertauliah dan mempunyai pengalaman luas.
3.2 memberi pendedahan dan pengalaman aktiviti kokurikulum melalui perkhemahan kepada murid-murid SK Tanjung Belanja.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Tanjung Belanja tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga ke tahun 6.
5.0 TARIKH HARI KOKURIKULUM
30 Oktober 2009 hingga 31 Oktober 2009
6.0 TEMPAT
7.0 PERALATAN
Peralatan perkhemahan, peti pertolongan cemas dan hadiah akan disediakan oleh pihak sekolah dan jawatankuasa yang terlibat.
8.0 SURAT KEBENARAN
Pemimpin Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam dikehendaki mengeluarkan surat kebenaran waris kepada murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan Hari Kokurikulum ini.
9.0 UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN
Undang-undang pengakap dan Puteri Islam adalah undang-undang perkhemahan. Semua peserta dan guru adalah tertakluk di bawah peraturan perkhemahan. Satu tindakan tatatertib akan diambil kepada sesiapa yang mengingkarinya.
10.0 PENUTUP
Semoga objektif program Hari Kokurikulum ini dapat dicapai dengan jayanya dan memberi manfaat kepada murid dan guru untuk diaplikasikan dalam pengalaman seharian. Akhir sekali, diharap aktiviti program ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Masa | Aktiviti | Guru bertugas |
3.00 pm | Pendaftaran murid tahap 2 | Cik Ganggadewi Pn. Norrashidah Cik Shazila |
3.30 pm | Taklimat | En. Yazali |
3.40 pm | Doa selamat | En. Qamarul |
3.45 pm | Mendirikan khemah | En. Mohd Firdaus En. Yazali En. Ridzuan |
4.50 pm | Minum petang dan solat asar | Pn. Siti Fatimah |
5.30 pm | Orieenteering | En. Mohd Firdaus En. Yaki |
6.30 pm | Makan malam dan persiapan kendiri | Pn. Halimatussadiah Semua guru/pekerja SKTB |
7.30 pm | Sembahyang Maghrib | Semua guru |
8.10 pm | Ceramah agama | Tn. Hj. Rozali |
8.30 pm | Solat Isyak | Semua guru |
9.00 pm | Malam kebudayaan | Cik Zurida Cik Ganggdewi Cik Nazahiah |
10.00 pm | Minuman ringan | Pn. Norasmah |
10.30 pm | Tidur |
Atur cara pada hari Sabtu 1 November 2008
Masa | Aktiviti | Guru bertugas |
5.30 am | Mandi dan solat subuh | Semua Guru |
6.30 am | Muhasabah diri | Penceramah jemputan |
7.00 am | Senamrobik | Cik Saftina Pn. Norhayati |
7.30 am | Sarapan pagi | Cik Norshaliza |
8.30 am | Latihan kawad | En. Firdaus En. Yazali Cik Shazila |
9.30 am | Ikatan | En. Firdaus Semua guru |
10.00 am | Pertolongan Cemas | En. Firdaus En. Yaki |
10.30 am | Minum pagi | Pn. Shamilah Semua Guru |
11.00 am | Mini explorace | En. Mohd Firdaus Semua Guru |
12.00 pm | Penyampaian hadiah dan majlis penutup | Pn. Syarinatullaili (Juruacara) Pn. Noorulhuda (Hadiah) |
Membuat roti lilit
Belajar membuat simpulan dan ikatan perkhemahan hari koku pendidikan khas