
Monday, August 10, 2009
Selamat Datang ke Blog SK Tanjung Belanja

SKTB (SK Tanjung Belanja) adalah sebuah sekolah yang terletak di pekan kecil Tanjung Belanja iaitu kira-kira 5 minit dari pekan Parit. Sekolah ini adalah sebuah sekolah gred A dengan kelengkapan fasiliti yang mencukupi seperti padang bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan hoki. Sekolah ini juga menyediakan kelas aliran perdana iaitu dari Tahun 1 - 6, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran,pra sekolah dan pra sekolah pendidikan khas.