Friday, May 6, 2011

Karnival Bahasa 2011 Peringkat ZON PKG Parit

Pada 28 April 2011 yang lalu, SK Tanjong Belanja telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa peringkat Zon PKG Parit. Pertandingan tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Pengerusi pertandingan bagi setiap acara adalah dari sekolah yang berbeza, antaranya:
  1. Bercerita tahap 1 - SK Simpang Tiga
  2. Bercerita tahap 2 - SK Simpang Tiga
  3. Pidato 1 Malaysia - SK Tepus
  4. Action Song        - SK Iskandar Shah
  5. Story Telling        - SK Pasir Gajah
  6. Public Speaking   - SK Belanja
Penyelaras Pertandingan :
  1. Bahasa Melayu - En Narwawi Bin Abd Rani
  2. Bahasa Inggeris - En Yusof Bin Re
  3. Pengerusi Teknikal - Pn Erna Suriati Binti Saidi
  4. Juri Rayuan -GB SK Parit, GB SJKT Ldg Serapoh, GB SJKC Chung Hwa, GB SK Sungai Perah
Jawatankuasa Pelaksana
  1. Hadiah -Puan Siti Fatimah dan Puan Noorulhuda
  2. Jamuan - Puan Jamaayah dan Puan Jamaliah
  3. Keselamatan - Puan Hajah Noraini dan Puan Salmah
  4. Buku Program - Puan Noor Rosnani
  5. Pengelola :
  • Action Song - Puan Saftina dan Puan Nornazahiah
  • Story Telling - Puan Shamilah dan Cik Che Nor Hazimah
  • Public Speaking - Cik Siti Hagrah dan Cik Nor Shazila
  • Bercerita Tahap 1 - Tuan Haji Rozali dan En Ahmad Ridzuan
  • Bercerita Tahap 2 - En Yazali dan Puan Rabizah
  • Pidato 1 Malaysia - Puan Norhayati dan Puan Wan Noor Rosnani
Salah satu persembahan Johan Action Song dari SK Tanjong Belanja
 Penyampaian hadiah dan perasmian penutup oleh PPD Kokurikulum En Yaman
 Persembahan oleh murid dari SK Parit
 Barisan hakim yang arif lagi bijaksana
 Pengerusi majlis
 Penonton dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis
 Persembahan Action Song oleh SK Iskandar Shah
 Mr Christ dan guru-guru antara yang hadir
 Pertandingan Pidato 1 Malaysia dijalankan di makmal komputer SKTB
 Pertandingan Bercerita Tahap 2 di Pusat Sumber Sekolah SKTB
 Pertandingan Bercerita Tahap 1 di kelas tahun 6
 Johan Pertandingan Public Speaking 
 Sarah Nadhirah mendapat tempat kedua Public Speaking
Pertandingan Story Telling di Kelas Pra Sekolah Pendidikan Khas

Perkhemahan Keris Perak 2011

1)      Nama Program : Perkhemahan Ujian Lencana Keris Perak Peringkat Daerah
2)      Tarikh Program : 22-24 April 2011
3)      Tempat program : Kem Kota Layang-Layang Kiri
4)      Pengelola : Persekutuan Pengakap Daerah Perak Tengah
5)      Keputusan : Semua murid layak mendapat Sijil Keris Perak dan tempat keempat taraf perkhemahan.
6)      Senarai Nama Guru :
a)      En. Mohd Firdaus Bin Mohd Jamil
b)      En. Ahmad Ridzuan Bin Abdul Malik
7)      Senarai Nama Peserta:
Bil
Nama Peserta
1
Ahmad Shahrizal Bin Ahmad Ihsan
2
Zarulsyafiq Bin Zakir Hussin
3
Meor Safiy Amin Bin Meor Nokhori
4
Muhd Haikal Najmi  Bin Ramli
5
Muhammad Nasrullah Bin Jeffrydin
6
Mohd Syafiq Bin  Mohd Azmi
7
Amirul Amin Bin Shahrul Anuar
8
Muhammad Hafis Bin Shahidan
9
Muhammad Amir Aiman Bin Md Yusri
10
Muhamad Rahimi Bin Rozali
11
Muhammad Khairi Amirul Bin Hamizi
12
Iskandar Zulqarnain Bin Affendi
13
Mohd Shahril Aiman
Guru-guru sibuk bertngkus lumus menyiapkan gajet
Gajet dapur masak
Gajet peralatan
Gajet basuh pinggan
Gajet meja makan
Gajet papan kenyataan
Longkang di sekeliling khemah
Gajet pintu gerbang
Kelihatan 2 orang guru sedang sibuk membuat gajet
Gajet barang dapur
Gajet dapur dan rak pinggan
Siap sedia menunggu pemeriksaan pagi oleh petugas
Gajet jambatan kecil
Gajet pertolongan cemas
Senamam pagi bagi mengekalkan kesegaran berpanjangan
Peserta perkhemahan mengemas baju untuk pemeriksaan pagi
Murid merobohkan gajet pada hari terakhir perkhemahan
Guru-guru bertugas sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang
Seorang murid perempuan sempat beraksi di tepi tiang buluh untuk bergambar
Gambar di atas bukannya lemang tetapi rak yang akan diungkai ikatannya.
Penat lelah akhirnya membuahkan hasil apabila mendapat tempat keempat taraf perkhemahan. Namun begitu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan peserta kerana yang mengambil markah dan membuat pemeriksaan hanyalah murid tingkatan 3.

Perkhemahan Keris Gangsa dan Puteri Islam

Pada 9 april 2011 yang lalu telah berlangsung perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Pasukan Pengakap Kanak-Kanak dan Puteri Islam dari murid tahun 4 hingga 6 telah mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut. Komitmen yang ditunjukkanoleh guru dan murid amat memuaskan. Terdapat 2 sesi bagi guru yang bertugas iaitu pada sesi pagi seramai 12 orang guru dan sesi petang 13 orang guru.
            Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 7.30 pagi. Taklimat dan pembahagian kumpulan telah dijalankan oleh Ustaz Ahmad Ridzuan setelah selesai pendaftaran. Terdapat 9 orang murid gagal menghadirkan diri pada perkhemahan tersebut. Selesai sudah taklimat dan penerangan ringkas murid menjalankan aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah.
            Tepat pukul 9.30 pagi aktiviti ikatan dan simpulan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah stesyen. Terdapat 6 stesyen dan 2 orang guru di setiap stesyen.  Pukul 10.30 pagi murid telah disediakan dengan kudapan iaitu roti canai. Setelah perut diisi aktiviti diteruskan lagi dengan kursus asas pertolongan cemas dengan menggunakan kaedah stesyen.
            Aktiviti orienteering dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Murid didedahkan dengan teori dan amali bacaan kompas orieeteering bagi mencari jejak di setiap check point yang disediakan. Terdapat 6 check point dan murid dikehendaki mencari arah bearing di setiap check point.
            Pukul 1.00 tengah hari, murid membuat persiapan untuk sembahyang dan makan tengah hari. Setelah makan tengah hari, aktiviti diteruskan lagi dengan membuat roti lilit dan masak telur dalam tanah. Setelah selesai masakan hutan, murid diajar kawad selama sejam oleh En. Firdaus dan Ustaz Ahmad Ridzuan.
            Aktiviti terakhir iaitu halangan komando telah dijalankan dengan menggunakan kaedah stesyen. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan halangan komando bagi melatih murid menjadi lasak. Perkhemahan tamat tepat pukul 5 petang. 
 Perkhemahan di mulakan dengan istiadat mengibarkan bendera
 Ustaz Ahmad Ridzuan memberi taklimat perkhemahan
 Bacaan persetiaan pengakap oleh Troop Leader SK Tanjong Belanja

 Murid Memasang khemah dengan bimbingan guru bertugas
 Latihan mengikat anduh oleh Cikgu Halimaton
 Teknik anduh untuk tangan. Terdapat 6 stesyen untuk aktiviti pertolongan cemas
 Ujian Pertolongan Cemas. Kelihatan 2 orang murid menunjukkan demontrasi mengikat anduh pergelangan tangan 
 Makan pagi berupa roti canai tajaan YDP PIBG En. Shahrul Anuar daripada Kementerian Kesihatan Daerah Perak Tengah
 Aktiviti membuat roti lilit
 Murid membakar roti lilit
 Murid tahun 6 pula memasak telur di dalam tanah
 Aktiviti kecergasan lari berhalangan 
  Aktiviti imbangan di mana setiap murid dikhendaki meniti bata tanpa jatuh
 Aktiviti memanjat tali bertujuan menguji tahap kecekapan dan ketangkasan murid 
 Halangan kawad duri.
 Meniti tali 
Berlari sambil melompat di dalam gelung rotan

Panorama