1.0 RASIONAL
Pendidikan Luar iaitu Sukan Rekreasi
ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan. Selain itu, Kem 1 Malaysia, Program Motivasi, Program 1Murid
1Sukan dan Hari Keluarga Peringkat Sekolah merupakan agenda utama pihak sekolah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan direalisasikan secara bersepadu
menerusi Kem 4 in 1 di Kem Perangin Pecah Batu, Manong, Perak. Program ini akan
diadakan di jalankan pada 4, 5 dan 6 Oktober 2012. Program ini adalah sebuah
program yang penting bagi mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang
kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kelak.
2.0 PENGENALAN
Pelbagai tujuan program ini
diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan, peluang, dan pengalaman
berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran
Sukan Rekreasi untuk membolehkan murid-murid menguasai sesuatu kemahiran atau
beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pendidikan
Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan
murid-murid secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program
seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di
samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa. Disamping itu juga,
perbelanjaan kewangan sepanjang program ini dapat dijimatkan dengan menjalankan
aktiviti secara serentak. Program motivasi yang dijalankan juga diharap dapat
meningkat tahap kendiri kea rah yang lebih cemerlang. Barisan guru juga tidak
ketinggalan merasai suasana baru bagi menyambut sambutan hari keluarga yang
sebelum ini biasa dijalankan di hotel-hotel mewah.
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah
seperti berikut:
3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar
yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama guru dan murid.
3.2 Mengaplikasi teori-teori yang
telah dipelajari disekolah bersama-sama di didalam hutan.
3.3 Membina keyakinan diri pelajar
apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
3.4 Menanam sikap sukakan aktiviti
luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
3.5 Menerapkan sikap
hormat-menghormati sesama insan.
3.6 Menanam sifat ingin berdikari
dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
3.7 Mampu membentuk seorang murid
yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua
keadaan.
3.8 Memberi kesedaran kepada murid
mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang
mana pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
3.9 Memberi pendedahan dan
pengalaman bekerja dalam kumpulan (Teamworking) seterusnya memupuk
semangat saling bantu membantu dan toleransi dalam kalangan peserta.
3.10 Memahami dan meningkatkan
kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di
persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan
strategi.
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta
akan dapat:
4.1 Meluahkan rasa syukur dengan
alam kurniaan yang Maha Esa.
4.2 Bermalam di dalam khemah
bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
4.3 Melatih murid-murid menyelesaikan
masalah secara kritis dan kreatif .
4.4 Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem).
4.5 Menyatakan rasa seronok dengan
aktiviti seperti jungle tracking, flying fox dan river crossing.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Tanjung Belanja tahap
2 iaitu dari tahun 4 hingga ke tahun 6.
6.0 BAYARAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran
sebanyak RM 5 (Lima Ringgit
Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:
i. Aktiviti
ii. Pengangkutan
iii. Makan dan minuman
iv. Sewa tapak perkhemahan
v. Pengurusan perkhemahan
7.0 TARIKH
5, 6 dan 7 Oktober 2012
8.0 TEMPAT
Kem Perangin Pecah Batu, Manong,
Perak
JUMAAT
|
||
MASA
|
AKTIVITI
|
TUGASAN
|
2.30 ptg
|
Bertolak dari sekolah
|
Guru perlu memastikan murid yang pergi mestilah mempunyai
surat kebenaran. Dan bilangan kehadiran murid diambil.
|
3.30 ptg
|
Tiba ke destinasi impian
|
·
Guru perlu menyerahkan surat
pemberitahuan perkhemahan kepada balai polis di Balai Polis Manong
·
Murid akan dibawa ke tempat
perkhemahan
|
3.45 ptg
|
Taklimat progam/penginapan
|
·
Murid akan diberi taklimat oleh
Kem Komandan berkaitan dengan perkhemahan dan undang-undang perkhemahan.
|
4.00 ptg
|
Mendirikan khemah
|
·
Mendirikan khemah dengan bimbingan
guru bertugas mengikut kawasan masing-masing
|
4.30 ptg
|
Solat Asar
|
·
Murid akan solat asar berjemaah
bersama guru.
·
Murid perempuan yang datang haid
perlu berada bersama guru perempuan
|
5.30 mlm
|
Riadhah (1M1S)
|
·
Murid akan beriadah dengan
permainan kecil
|
6.30 mlm
|
Persiapan kendiri
|
·
Guru perlu murid menepati masa
semasa menguruskan diri dan tidak bermain-main di bilik air.
|
7.15 mlm
|
Solat Maghrib
|
·
Murid akan solat maghrib secara
berjemaah bersama dengan guru
·
Murid perlu menepati masa.
Tindakan tatatertib akan diambil bagi murid yang lambat
|
8.00 mlm
|
Makan malam
|
·
Murid akan makan malam
bersama-sama selepas bacaan doa makan
|
8.25 mlm
|
Solat Isyak
|
·
Selepas makan murid akan solat
isyak secara berjemaah.
|
9.00 mlm
|
Motivasi & LDK
|
·
Aktiviti motivasi secara LDK akan dijalankan.
Guru akan disediakan dengan beberapa modul
·
Galakkan murid bercakap dan member
pendapat secara terkawal.
|
10.30mlm
|
Minum malam dan tidur
|
·
Guru keselamatan perlu memastikan
murid tidur awal untuk bagun qiamullail pada pukul 4.30 pagi
|
SABTU
|
|||
MASA
|
AKTIVITI
|
GURU BERTUGAS
|
TUGASAN
|
4.30 pg
|
Qiamullail
|
·
Guru perlu memastikan semua murid
lelaki turut serta dalam qiamullail.
·
Guru yang bertugas akan
menggerakkan semua murid dengan bantuan
|
|
6.00 pg
|
Kendiri/sarapan/solat subuh
|
·
Solat subuh dan sedikit tazkirah
ringkas
|
|
7.30 pg
|
Senamrobik
|
·
Semua murid akan terlibat dengan
senamrobik
|
|
8.30 pg
|
River Crossing
|
·
Murid akan dipecahkan kepada 2
kumpulan. Satu kumpulan akan membuat aktivti river crossing dan satu lagi
flying fox.
·
Aktiviti akan diuruskan oleh
jurulatih kem.
·
Guru terlibat dengan program Hari
Keluarga
|
|
11.00 pg
|
Minum pagi
|
·
Murid akan rehat sebentar sambil
kudapan
|
|
11.30 pg
|
Flying Fox
|
·
Aktiviti diteruskan lagi dengan
pertukaran syif aktiviti antara river crossing dan flying fox.
|
|
12.30 tgh hr
|
Makan tengah hari/solat zohor
|
·
Murid akan bersiap dan solat zohor
secara berjemaah.
·
Guru perlu memastikan semua murid
dapat makan bersama-sama selepas bacaan doa.
|
|
2.30 ptg
|
Karnival Permainan 1M1S
|
·
Guru yang bertanggung jawab perlu
memastikan peralatan yang digunakan disimpan dengan baik. Borang rekod
pengeluaran peralatan boleh didapati daripada En. Firdaus.
·
Aktiviti akan dijalankan secara stesyen
dan permainan kecil
·
Modul permainan kecil boleh rujuk
pada panduan pengurusan 1M1S
|
|
4.30 ptg
|
solat asar / minum petang
|
·
Murid perlu sembahyang asar secara
berjemaah
|
|
5.00 ptg
|
Persediaan Persembahan Malam
|
·
Guru pembimbing boleh membuat
latihan akhir bagi acara malam kebudayaan
·
‘Gangnam Stlye’ tidak dibenarkan
|
|
6.30 ptg
|
kendiri/makan malam/solat
|
·
Guru perlu murid menepati masa
semasa menguruskan diri dan tidak bermain-main di bilik air.
|
|
7.00 mlm
|
Solat Magrib
|
·
Murid akan solat maghrib secara
berjemaah bersama dengan guru
·
Murid perlu menepati masa.
Tindakan tatatertib akan diambil bagi murid yang lambat
|
|
8.30 mlm
|
Barbeque (guru sahaja)
|
·
Murid akan makan malam
bersama-sama selepas bacaan doa makan
·
Aktiviti barbeque dijalankan oleh
guru
|
|
9.30 mlm
|
Malam Kebudayaan
|
·
Persembahan malam kebudayaan
|
|
10.30 mlm
|
Minum malam / tidur
|
·
Makan malam dan tidur
|
AHAD
|
||
MASA
|
AKTIVITI
|
TUGASAN
|
5.30 pg
|
kendiri/sarapan/solat subuh
|
·
Murid perlu bangun awal dan solat
subuh
|
8.30 pg
|
Jungle Tracking
|
·
Aktiviti akan diuruskan oleh
jurulatih kem.
·
Guru juga boleh turut serta
melakukan aktivit ini.
|
11 .30
pg
|
Perasmian penutup / Penyampaian hadiah
|
·
Semua guru perlu hadir ke majlis
perasmian penutup bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat
|
12.30 tgh
|
Menurunkan khemah
dan membersihkan kawasan perkhemahan
|
·
Murid akan menurunkan khemah.
·
Guru pembimbing perlu memastikan
set peralatan perkhemahan mencukupi
·
Borang instrumen akan diberikan
semasa memasang dan selepas menurunkan khemah.
·
Murid akan membersihkan kawasan
perkhemahan sementara menanti kehadiran tetamu kehormat
|
1.30 tgh
|
Bertolak Pulang
|
·
Guru perlu memastikan murid tidak
meninggal apa peralatan yang dibawa.
|