Thursday, April 22, 2010

Pertandingan Bola Baling MSSD Perak Tengah 2010


Pada 20 dan 21 April telah berlangsung kejohanan bola baling peringkat daerah perak tengah di Sek. Keb. Seri Changkat. Perlawanan tersebut berlangsung dengan gilang gemilang. Sebanyak 4 padang untuk pertandingan telah digunakan. Terdapat 8 sekolah dari kategori perempuan dan 8 sekolah dari kategori lelaki. Perjalanan untuk ke sana amat mencabar kerana sejauh 15 km ke dalam sekolah tersebut tiada sebuah rumah sehinggalah tiba di kampung Chenderung Kelubi. Pasukan sekolah telah menghantar seramai 12 orang pemain dan 4 orang guru pengiring serta beberapa orang guru untuk pasukan sorak.

Senarai Keputusan Rasmi perlawanan di peringkat Daerah

SK Tanjung Belanja - SK Lambor Kiri 2-2
SK Tanjung Belanja -SK Selat Pulau 4-0
SK Tanjung Belanja - SK Bota Kanan 1-1
SK Tanjung Belanja -SK Pasir Kubu3-2
SK Tanjung Belanja - SK Lambor Kiri 1-4
Perlawanan akhir antara SK Tanjung Belanja melawan SK Lambor Kiri (1-4)
Senyuman kegembiraan bak kata orang putih 'moment of glory'
Sebelum perlawanan bermula sudah menjadi adat pasukan SK Tanjung Belanja membaca doa
Lontaran emas yang melayakkan pasukan SK Tanjung Belanja ke perlawanan akhir.
Hands up!!! jangan bergerak kalau tak nanti tak gol...
Pasukan sorak dan jurulatih SK Tanjung Belanja yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat lelah.

Wednesday, April 21, 2010

Perkhemahan Keris Perak 09-11 April 2010


Pada 9 hingga 11 April yang lalu, SK Tanjung Belanja telah menghantar seramai 14 orang ahli pengakap ke perkhemahan ujian lencana  keris perak di Kem Kota Layang-Layang Kiri. Penyertaan tersebut adalah diperingkat daerah Perak Tengah, Perak. Tapak perkhemahan telah dipilih seminggu lebih awal untuk mengelakkan perebutan tapak yang saban tahun menjadi isu utama perkhemahan tersebut. Pengakap Kumpulan 69 SK Tanjung Belanja telah memilih lokasi yang paling strategik iaitu di bahagian belakang dan paling luar bagi memudahkan pergerakan guru serta bantuan logistik ke perkhemahan tersebut.Pada 9 hingga 11 April yang lalu, SK Tanjung Belanja telah menghantar seramai 14 orang ahli pengakap ke perkhemahan ujian lencana  keris perak di Kem Kota Layang-Layang Kiri. Penyertaan tersebut adalah diperingkat daerah Perak Tengah, Perak. Tapak perkhemahan telah dipilih seminggu lebih awal untuk mengelakkan perebutan tapak yang saban tahun menjadi isu utama perkhemahan tersebut. Pengakap Kumpulan 69 SK Tanjung Belanja telah memilih lokasi yang paling strategik iaitu di bahagian belakang dan paling luar bagi memudahkan pergerakan guru serta bantuan logistik ke perkhemahan tersebut. Pada Petang Jumaat kelihatan beberapa orang guru dari SKTB datang memasang khemah dan membuat gajet.
 Guru yang setia berkhidmat demi anak murid SKTB
 Kelihatan Cikgu Siti Dan Cikgu Firdaus membuat gajet dapur
 Turut sama Teacher Syarina, Ustazah Shazila dan Cikgu Zurida membuat gajet rak kasut.
Ustaz Ridzuan juga tidak ketinggalan membantu ahli pengakap sepenuh masa bagi memastikan perjalanan perkhemahan berjalan dengan lancar
Setelah kepenatan Cikgu Rozali dan Pakcik Din meminum air.

Kaum wanita SKTB juga tidak ketinggalan membantu. Semangat kerjasama dan permuafakatan yang ditunjukkan sebegini haruslah dijadikan teladan pada generasi sekarang dan mendatang
Pemeriksaan pagi oleh penolong pesuruhjaya pengakap Perak Tengah
Bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang pengakap SKTB. Inilah hasil dari kerjasama dan semangat yang ditunjukkan berjaya membuahkan hasil.
 Setelah keletihan bekerja, maka kami pun makan sambil minum bersama dengan murid kesayangan
Malam kebudayaan disajikan dengan BBQ ayam, sotong, udang dan ikan. Tukang masaknya pengawal keselamatan kami saudara Lan, Cikgu Asmah, dan Ustaz Ridzuan.
Staf akademik dan kakitangan SKTB turut hadir bagi memberi sokongan kepada peserta malam kebudayaan.
Persembahan Burgha ini telah dilatih oleh guru tarian yang berkaliber iaitu Teacher Gangga dari Prasekolah Pendidikan Khas SK Tanjung Belanja
Cikgu Asmah kelihatan mengawasi peserta ujian lencana keris perak makan tengah hari walaupun perut sendiri sudahpun berbunyi-bunyi. Biar berlapar asalkan anak murid sihat.
Ustaz Ridzuan menghidupkan api bagi memastikan semua peserta dapat membuat roti lilit.
Semua peserta berjaya membuat roti lilit. Ada juga yang masak sampai hangit.
'peace' itulah lambang yang ditunjukkan oleh Teacher Gangga dan anak muridnya.
Khemah-khemah akan dicuci bagi memastikan pengguna akan datang dapat menggunakannya lagi.

Panorama