Saturday, March 27, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA


Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja.Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.
*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. 
Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Wednesday, March 10, 2010

Kejohanan Takraw Peringkat Zon PKG Parit

Pada pagi sabtu yang hening, 8 orang murid daripada SK Tanjung Belanja telah mewakili sekolah dalam pertandingan takraw di SK Belanja. Pihak SKTB telah menghantar sebanyak 2 pasukan iaitu Team A dan Team B. Disebabkan kedudukannya yang dekat dengan perkampungan ahli pasukan kami, beberapa orang murid telah pergi sendiri dengan menaiki basikal. Kehadiran guru besar yang berjogging dari jambatan Belanja ke sekolah teah mengejutkan kami. Inilah yang dikatakan semangat bersukan bukan hanya dikalangan murid, tetapi juga merangkum seluruh warga SKTB dari kecil hingga ke besar. Perlawanan kalah mati tersebut telah berjaya menemukan SK Tanjung Belanja dengan SK Sungai Perah pada peringkat akhir. Perlawanan semakin sengit apabila mata bersilih ganti antara kedua-dua sekolah tersebut. Akhirnya, berdasarkan keputusan 20-21 dan 19-21 SK Tanjung Belanja sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat pasukan Team A apabila diumumkan layak ke peringkat daerah pada 18 Mac nanti.
Pengadil yang berwibawa walaupun pertama kali mengadili takraw seumur hidup
hah.. rejam bole tue..

Akhirnya dapat juga nombor dua
Hip hip.. horayy.. begitulah sorakan gembira pasukan SK Tanjung Belanja

Thursday, March 4, 2010

Pertandingan Hoki MSSD Perak Tengah

Tanggal 03.03.2010 telah berlangsung perlawanan hoki peringkat Daerah Perak Tengah. Pernyertaan tersebut telah disertai oleh 9 buah pasukan lelaki dan perempuan. Pertandingan tersebut telah berlangsung di padang hoki mini SK Felcra Nasaruddin. Kejohanan tersebut telah bermula dari pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang. SK Tanjung Belanja hanya menjalankan latihan selama 2 hari sahaja. Namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain akhirnya berjaya mendapat tempat keempat kategori lelaki bawah 12 dan perempuan bawah 12. Latihan tidak dijalankan kerana pada mulanya pertandingan hoki tidak dijalankan kerana ketiadaan peruntukan daripada kerajaan. Akhirnya, pada 24 februari lalu, satu mesyuarat kejohanan hoki telah diadakan dan hoki telah dimasukkan ke dalam takwin sukan MSS Perak.
 Azim B. Abdul Latif dari SK Tanjung Belanja menerima pingat dan sijil
 
Sijil dan pingat yang dimenangi oleh SK Tanjung Belanja

Diharap, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pemain dapat dijadikan asas untuk memajukan sukan untuk negara. Majulah sukan Malaysia.

Panorama