Friday, October 23, 2009

Perkhemahan Hari Kokurikulum 2009 Minggu Depan





Pergerakan pengakap dan puteri islam adalah satu gerak kerja pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah dan ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran secara tidak langsung. Melalui aktiviti kokurikulum murid-murid akan diterapkan dengan nilai bekerjasama, berdikari, berdisiplin, berkepimpinan, daya tahan fizikal dan mental bagi membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelektual. Ini adalah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara. Perkhemahan adalah salah satu daripada cabang pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk menguji kecekapan mereka dalam ilmu kepengakapan dan keputeri islaman. Justeru itu, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Hari Kokurikulum bagi melengkapkan program pendidikan dan seterusnya memenuhi kalendar tahunan SK Tanjung Belanja. Pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat murid-murid dalam aktiviti perkhemahan di samping menyampaikan aktiviti pembelajaran secara tidak langsung seperti dalam permainan, pengembaraan dan kebudayaan berpandukan sukatan skim latihan yang baru.




2.0 OBJEKTIF


2.1 memberi pendidikan, pengetahuan, teknik pengisian buku log dan cara lebih berkesan dalam aktiviti perkhemahan mengikut sukatan perkhemahan.


2.2 menyediakan aktiviti menarik minat ahli pengakap dan Puteri Islam berlandaskan Skim Kepengakapan dan Skim Latihan Puteri Islam melalui jurulatih berpengalaman dan fasilitator yang terlatih.


2.3 membuka ruang interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid seterusnya bertukar pengalaman dan kemahiran sesama mereka.


2.4 memberi pendedahan awal mengenai aktiviti perkhemahan dan menambah minat bagi menyertai perkhemahan yang akan diadakan di dalam atau di luar sekolah.


3.0 MATLAMAT


3.1 memberi pendidikan seluas mungkin ilmu kepengakapan dan Puteri Islam kepada peserta dengan adanya jurulatih dan fasilitator bertauliah dan mempunyai pengalaman luas.


3.2 memberi pendedahan dan pengalaman aktiviti kokurikulum melalui perkhemahan kepada murid-murid SK Tanjung Belanja.


4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Tanjung Belanja tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga ke tahun 6.




5.0 TARIKH HARI KOKURIKULUM
30 Oktober 2009 hingga 31 Oktober 2009


6.0 TEMPAT


Padang SK Tanjung Belanja




7.0 PERALATAN


Peralatan perkhemahan, peti pertolongan cemas dan hadiah akan disediakan oleh pihak sekolah dan jawatankuasa yang terlibat.


8.0 SURAT KEBENARAN


Pemimpin Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam dikehendaki mengeluarkan surat kebenaran waris kepada murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan Hari Kokurikulum ini.


9.0 UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN


Undang-undang pengakap dan Puteri Islam adalah undang-undang perkhemahan. Semua peserta dan guru adalah tertakluk di bawah peraturan perkhemahan. Satu tindakan tatatertib akan diambil kepada sesiapa yang mengingkarinya.


10.0 PENUTUP


Semoga objektif program Hari Kokurikulum ini dapat dicapai dengan jayanya dan memberi manfaat kepada murid dan guru untuk diaplikasikan dalam pengalaman seharian. Akhir sekali, diharap aktiviti program ini dapat dijalankan dengan jayanya.











Atur cara pada hari Jumaat 30 Oktober 2008
Masa
Aktiviti
Guru bertugas
3.00 pm
Pendaftaran murid tahap 2
Cik Ganggadewi
Pn. Norrashidah
Cik Shazila
3.30 pm
Taklimat
En. Yazali
3.40 pm
Doa selamat
En. Qamarul
3.45 pm
Mendirikan khemah
En. Mohd Firdaus
En. Yazali
En. Ridzuan
4.50 pm
Minum petang dan solat asar
Pn. Siti Fatimah
5.30 pm
Orieenteering
En. Mohd Firdaus
En. Yaki
6.30 pm
Makan malam dan persiapan kendiri
Pn. Halimatussadiah
Semua guru/pekerja SKTB
7.30 pm
Sembahyang Maghrib
Semua guru
8.10 pm
Ceramah agama
Tn. Hj. Rozali
8.30 pm
Solat Isyak
Semua guru
9.00 pm
Malam kebudayaan
Cik Zurida
Cik Ganggdewi
Cik Nazahiah
10.00 pm
Minuman ringan
Pn. Norasmah
10.30 pm
Tidur




Atur cara pada hari Sabtu 1 November 2008
Masa
Aktiviti
Guru bertugas
5.30 am
Mandi dan solat subuh
Semua Guru
6.30 am
Muhasabah diri
Penceramah jemputan
7.00 am
Senamrobik
Cik Saftina
Pn. Norhayati
7.30 am
Sarapan pagi
Cik Norshaliza
8.30 am
Latihan kawad
En. Firdaus
En. Yazali
Cik Shazila
9.30 am
Ikatan
En. Firdaus
Semua guru
10.00 am
Pertolongan Cemas
En. Firdaus
En. Yaki
10.30 am
Minum pagi
Pn. Shamilah
Semua Guru
11.00 am
Mini explorace
En. Mohd Firdaus
Semua Guru
12.00 pm
Penyampaian hadiah dan majlis penutup
Pn. Syarinatullaili (Juruacara)
Pn. Noorulhuda (Hadiah)









Perkhemahan Keris Perak

Membuat roti lilit

Belajar membuat simpulan dan ikatan perkhemahan hari koku pendidikan khas

Saturday, October 17, 2009

Pembelajaran Berasaskan Projek








Pembentangan tugasan oleh murid SK Tanjung Belanja


murid mencari maklumat dari pelbagai sumber



murid membina model



murid membina model bagi menguji kestabilan sesuatu struktur


Adalah dirasakan pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam

pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti serta dapat
menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. Sekiranya
pembaharuan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti SK Tanjung Belanja mampu mendepani sekolah-sekolah dalam program pembestarian sekolah.
Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, pelajar-pelajar akan diberi tugasan
tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar
kemudiannya akan akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya.
Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia Mata Pelajaran bolehlah digunakan untuk
membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan
guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu
diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan
secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh
para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan.
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berasaskan projek ialah pembentangan hasil
tugasan. Komputer hendaklah digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. Semasa
pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan
soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.







Tuesday, October 13, 2009

Apa itu Sekolah Bestari ?

Penubuhan sekolah bestari ialah berdasarkan 7 flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Objektif utama penubuhan Sekolah Bestari ialah untuk melatih pelajar supaya menjadi cerdas dan pandai menggunakan ICT dalam proses pembelajaran seharian. Ini selari dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020. Subjek Matematik dan Sains yang diperkenalkan di Sekolah Bestari adalah berintegrasi dengan kemajuan ICT. Semua bahan-bahan P&P adalah dalam bentuk perisian, melalui penggunaan komputer, lap top dan projector LCD. Guru-guru diberikan latihan dalam perkhidmatan khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti P&P melalui teknologi terkini. Penubuhan sekolah Bestari adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi, dalam arus reformasi pendidikan di Malaysia, khasnya selepas perlaksanaan secara berperingkat dengan Bahasa Inggeris sebagai sebagai bahasa pengantaraan Sains dan Matematik di peringkat permulaan lagi




Saturday, October 3, 2009

Jamuan Hari Raya





Tanggal 2 oktober 2009, telah berlangsung satu majlis jamuan hari raya peringkat sekolah kebangsaan tanjung belanja bertempat di Dewan Besar SK Tanjung Belanja. Majlis tersebut telah berlangsung dengan gilang gemilang. Namun disebalik kemeriahan sambuatan aidilfitri terdapat sedikit kesedihan kerana seorang guru dari SK Tanjung Belanja tidak dapat hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut. Guru tersebut terpaksa berkursus KDP 4 Minggu, Pembestarian Sekolah di IPG Institut Perguruan Ipoh. Meskipun tanpa kehadiran guru tersebut majlis tersebut tetap diteruskan. Pihak sekolah berdoa supaya guru tersebut dapat membestarikan Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja sesuai dengan seruan kementerian agar dapat mencapai taraf pendidikan setanding dengan negara maju. Program pembestarian sekolah adalah melatih guru-guru supaya mengajar murid dengan strategi dan pendekatan yang bestari iaitu pengajaran tidak hanya berjalan sehala sahaja tetapi lebih kepada berpusatkan murid. Pengajaran yang dijalankan akan dirancang dengan strategi dan pendekatan sesuai dengan tahap kebolehan murid.




Panorama