Tuesday, August 11, 2009

Kelas Pend. Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran





Penubuhan Kelas Pendidikan Khas ( Integrasi ) Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja bermula pada tahun 1995.


Kelas tersebut mempunyai 5 orang murid dan 1 orang guru. Sehingga kini, pada tahun 2009, murid-murid pendidikan khas adalah seramai 22 orang.



Murid-murid pendidikan khas ini terdiri daripada murid-murid yang berumur 7 tahun sehingga 14 tahun. Sebanyak 4 buah kelas diwujudkan iaitu kelas Mutiara, Intan, Delima dan Zamrud.

Murid-murid ini terdiri dari pelbagai kecacatan seperti Down’s Syndrome, Autisme, ADHD, Celebral Palsy, Terencat Akal Ringan / Sederhana, Disleksia dan Slow Learner.

Disamping itu, kelas Pra Pendidikan Khas baru sahaja diwujudkan di sekolah ini iaitu bermula pada tahun 2008 yang terdiri daripada 4 orang murid yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun.

.
Waktu Persekolahan
Isnin – Khamis:
7.45 pagi – 12.35 tengahari
Jumaat:
7.45 pagi – 12.05 tengahari
Rabu
(Aktiviti Ko-kurikulum) : 12.35 tengahari – 1.05 tengahari

Monday, August 10, 2009

Perkhemahan Kem 1 Malaysia

Perkhemahan kem 1 Malaysia yang akan diadakan pada 10 -13 Ogos di Kem Kota Layang-Layang Kiri telah ditunda ke satu tarikh yang lain. Ini kerana pihak yang berwajib terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak H1N1 yang hangat diperkatakan sekarang ini tidak menular dan menjangkiti peserta perkhemahan. Tahniah kepada pihak yang berwajib atas inisiatif dan langkah berjaga-jaga yang diambil.

Selamat Datang ke Blog SK Tanjung Belanja

Tanggal 10 Ogos 2009 bersempenaan bulan kemerdekaan. SK Tanjung Belanja telah melancarkan dengan rasminya Blog sekolah untuk menjadi tatapan dan komentar warga pendidikan bagi meningkatkan mutu pendidikan agar setaraf dan setanding dengan negara maju. Dengan keperluan guru yang mencukupi mengikut nisbah murid diharap dapat merealisasikan visi dan misi dunia pendidikan agar dapat bersaing serta mengembangkan bakat dan potensi murid untuk menjadi insan yang seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Blog ini juga diharap dapat merapatkan jurang digital murid luar bandar dan menggalakkan murid SKTB meneroka dalam bidang ICT agar menjadi celik IT seterusnya menjadi penggerak membudayakan ICT dalam masyarakat setempat


Panorama